Nov 13, 2012

Muwasafat tarbiyah


Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu. (Faatir 35:43) 
Sejarah menyaksikan tamadun-tamadun dunia dibangunkan oleh manusia-manusia yang mempunyai ciri-ciri luar biasa. Lihat saja kebangkitan Jepun yang mampu bangun menj
adi gergasi ekonomi dunia kerana masyarakatnya yang berdisiplin,menjaga masa dan yakin dengan agenda pembangunan meraka.
Islam pernah memimpin dunia dan masyarakatnya dahulu juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Kini segala nilai-nilai mulia hampir pupus seolah-olah tidak pernah diajar oleh ar-rasul.
Bagi seorang dai' yang yakin dengan gagasan kebangkitan islam, menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk mengembalikan nilai2 ini dalam diri dan masyarakat. Nilai-nilai inilah yang dinamakan muwasafat tarbiyah.

No comments:

Post a Comment