Dec 26, 2009

Stroke.

I.L.A Preparation ( Sharing is caring)
Case: Stroke.


Introduction.
1. Stroke occurs when arteries that carry blood to the brain are blocked or ruptured.
2. The areas of the brain that do not get enough oxygen are immediately affected.
3. If no blood to brain stem - cannot breath and no heart rate
4. If no blood to cerebellum - no coordination balance
5. If no blood to cerebrum - cannot talk and no control motor function
6. A person might go limp on one side when attacked by stroke.
Type of stroke

1. Ischemic strokes
  • cause : blood clot ( cerebral thrombosis or a cerebral embolism)
  • cerebral thrombosis is more common- usually the result of fatty plaque build in arteries.
  • brain do not have backup oxygen and nutrien system - 12 million cells will die perminute
  • dying cells may release glutamate
2. hemorrhagic stroke
  • cause : bleeding in the brain
  • in cerebral hemorrhage, blood go to surrounding tissues- due to aneurysm or head injury
  • In a subarachnoid hemorrhage, the bleeding occurs between the brain and the skull- increase intracranial pressure
Risk Factor.

  1. High blood pressure
  2. Diabetics
  3. High Cholesterol Level
  4. Smoking
  5. Obese
Symptoms
  • Sudden weakness or numbness in the face or extremities
  • Sudden problems with speech or comprehension
  • Sudden issues with vision, such as blurriness or blindness
  • Sudden coordination issues, including dizziness or difficulty walking
  • Sudden severe headache
  • Sudden nausea or vomiting


Source : http://health.howstuffworks.com/stroke4.htm
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa& sub=0&bhs=may&storyid=1187002278815

10 Maut : Cuai atau takdir.


'' 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang.'' - Utusan Malaysia


Berita kemalangan di kawasan Jelapang bukanlah sesuatu yang baru dilaporkan. Malah kemalangan di kawasan ini sahaja telah meragut puluhan nyawa pengguna jalan raya. Sekiranya dahulu masalah geografi tol jelapang yang agak curam menjadi penyebab utama berlakunya kemalangan. Namun kali ini beritanya agak berlainan. Tol sudah pun dipindahkan di kawasan yang selamat. Kecuaian pemandu dikatakan kemungkinan penyebab utama insiden ini berlaku. Agak pelik kerana pemandu yang sedang memandu bas itu baru sahaja mula bertugas semasa pesinggahan di Simpang Pulai yang tidak jauh dari jelapang. Memang benar kata orang, kemalangan tidak berbau. Namun kes kecuaian pemandu bukanlah isu yang baru. Malah sudah kali kita dengar sikap pemandu yang membawa bas melebihi hadlaju, pemandu mengantuk dan pemandu yang sudah banyak membuat kesalahan jalanraya.

Memang benar banyak langkah telah diambil untuk mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku, tetapi keberkesanannya masih lagi boleh dipersoalkan. Bagi saya cadangan untuk tidak membenarkan perjalanan bas pada waktu malam ada baiknya diketengahkan semula dan dibincangkan. Kepada pengurus-pengurus bas, anda perlu memastikan kebajikan dan kesihatan pemandu-pemandu anda dalam keadaan baik. Mungkin ada baiknya pasukan para medik dan ambulan di tempatkan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi kemalangan. Hal ini bagi saya boleh mempercepatkan rawatan kecemasan dengan kadar yang segera kepada mangsa-mangsa kemalangan sekiranya berlaku.

Kepada pemandu bas, anda perlu ingat bahawa anda sedang membawa puluhan nyawa menuju destinasi yang ingin dituju. Mereka juga mempunyai keluarga yang menanti kepulangan mereka. Sekiranya mengantuk, ambillah langkah untuk berehat sebentar.

Ingatlah bahawa kecuaian kita sebenarnya yang telah mendatangkan takdir yang buruk ini. Jangan biarkan nyawa penumpang tidak berdosa tergadai dek kecuaian kita. Mari kita sedekahkan al fatihah kepada mangsa kemalangan.

Nama Chin Peng bergema semula


Pasca pilihanraya yang lalu banyak mengubah lanskap politik negara kita. Banyak isu-isu yang dahulunya dianggap sensitif menjadi topik perbualan dan perjuangan sesetengah pihak.Bagi saya ada sesetengah pihak yang sedang menangguk di air yang keruh. Antara isu yang sedang saya ikuti mengenai isu chin peng.Samada Malaysia patut benarkan beliau pulang ke tanah kelahirannya ini. Mari kita singkap dan membandingkan hujah-hujah mereka yang membenarkan kepulangan chin peng dan yang mengharamkan kepulangan beliau.

Pandangan Puspawati Rosman (seorang peguam, juga Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG))
- kebencian terhadap chin peng hanya direka
- Kerajaan sudah mentandatangani perjanjian Hadyai
- Chin Peng sudah tua kini berusia 85 tahun
- Mahu kembali ke malaysia atas dasar melawat sanak saudara yang masih hidup dan mahu menghembuskan nafas terakhir di tanah kelahirannya.
- tidak mahu generasi baru di tanam perasaan benci

Pandangan Zulkifli Nordin ( MP Kulim,PKR)
- memahami tulisan generasi muda seperti puspa ( x kenal sejarah, x mengalami derita zaman komunis)
-chin peng bukan sekadar ideologi komunis tetapi pengganas terhadap semua kaum di tanah melayu
- YB Zulkifli memberikan contoh kekejaman yang disaksikannya ( pembunuhan rakyat x bedosa)
- Jepun, Brtish adalah penjajah dari negara lain yang menyerang tanah melayu
-Chin peng mengaku penduduk tanah melayu tetapi menyerang dan membunuh org tanah melayu.
- Chin Peng adalah pengkhianat
- Generasi baru perlu mengenal sejarah
- kita manusia biasa, tetapi kita berhadapan dengan manusia Chin Peng yang luar biasa, keluarbiasaannya adalah kerana Chin Peng sanggup membunuh dan menzalimi rakyat dan kaumnya sendiri demi mencapai cita-cita nafsu serakahnya yang sempit dan jumud. Manusia luar biasa seperti ini perlu dilayan dengan cara luar biasa juga.

Rumusan

Selepas meneliti kedua-dua tulisan ini, saya beranggap bahawa keterbukaan kita dalam menilai isu Chin peng ini perlu mengambil kira sentimen dan perasaan rakyat yang hidup pada zaman keganasan komunis. Bagi saya perasaan lebih 1 juta orang yang menderita akibat kekejaman komunis perlu diberi perhatian. Sejarah banyak mengajar bangsa kita untuk melihat kesilapan yang lalu agar kita generasi baru tidak mengulanginya semula.

Budak tanpa dubur?

Budak tanpa dubur?

Baru-baru ini saya ada terbaca berita mengenai seorang kanak-kanak yang menderita akibat dilahirkan tanpa dubur. Sebagai seorang pelajar perubatan saya ,optimis untuk mengetahui punca-punca kelahiran tanpa dubur ini dari sudut saintifik.

Proses pembentukan dubur.

Secara embriologinya dubur adalah sebahagian daripada ‘hindgut’. Hindgut merupakan salah satu daripada salur pencernaan. ( 3 bahagian salur pencernaan – foregut,midgut,hindgut ). Hindgut pula terdiri daripada kiri 1/3 tranverse colon, descending colon, sigmoid , rectum dan bahagian atas anal canal. Bahagian bawal anal canal pula terbentuk daripada Anal Pit.


Bagaimana Lubang dubur terbentuk?

Pada akhir minggu 7 proses pembentukan manusia, apabila cloacal membrane mulai terbuka. Bagaimanapun lubang itu akan ditutupi semula oleh poses proliferasi ectodermal.

Pada miggu ke 9, lubang dubur tebentuk melalui proses ‘recanalization’.

Pertumbuhan abnormal.

Cloacal defect.

· Imperforate anus

· Incidence – 1:5000

· More in male

· Cause- lack of recanalization in lower anal canal


Berita asal:

KULIM, Dis 24 — Derita seorang kanak-kanak yang dilahirkan tanpa dubur, Mohd Zariq Haizat Mohd Zul Haryree, 8, mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim yang berjanji akan membiayai keperluannya bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga kanak-kanak itu.

Bantuan untuk meringankan beban keluarga Mohd Zariq itu disampaikan Pegawai JKM Daerah Kulim, Rohana Mohd Yusuf yang turut menyampaikan bantuan segera berjumlah RM200 kepada ibu kanak-kanak itu, Nooralila Zainon, semalam.

Menurut Nooralila, 38, Mohd Zariq merupakan anak lelaki keduanya daripada empat beradik, dilahirkan tanpa dubur dan ketika usianya dua bulan doktor telah menebuk satu saluran di bahagian perutnya bagi membolehkan najis keluar melalui saluran paip kecil itu.

"Pembedahan kedua dilakukan bagi membolehkan Mohd Haziq membuang air besar pada saluran seperti saluran biasa tetapi tiada berinjap ketika dia berusia 9 bulan," katanya.

Katanya kedua-dua pembedahan itu dilakukan oleh doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Zul Haryree Mohd Salleh, 39, yang kudung kaki kirinya sejak lahir merupakan seorang penyelia di Plaza Tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Bagan Samak, Bandar Baharu di sini.

Mohd Zul Haryree berkata beliau terpaksa membelanjakan kira-kira RM400 sebulan bagi membiayai kos tambang untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan susulan di HSB dua kali sebulan dan lampin pakai buang yang diperlukan anaknya setiap hari.

"Sejak lapan tahun lalu walaupun saya mengalami masalah kewangan kerana pendapatan yang tidak seberapa, tapi saya tidak terlalu berharap untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak," katanya.

Bagaimanapun katanya, bantuan daripada JKM itu amat dihargai beliau sekeluarga dan bersyukur kerana ada pihak yang bersimpati dengan nasib keluarganya terutamanya keperitan yang ditanggung oleh anaknya itu. — Bernama

Dec 24, 2009

everybody,somebody,anybody and nobody


This is story about 4 people,
everybody , somebody, anybody and nobody. There was an important job to be done and everybody was asked to do it.Everybody was sure somebody would do it.Anybody could have do it. But nobody did it.

Somebody got angry about that because it was everybody's job. Everybody thought it was anybody could do it.But nobody realized that everybody wouldn't do it. It ended up that everybody blamed somebody when actually nobody asked anybody.

Nov 14, 2009

Jadilah Hamba Sebelum Ketua -satu coretan-

Ramai umat Islam menyangka kemelut yang melanda mereka adalah krisis kepimpinan dan pentadbiran negara semata-mata.Namun hakikatnya Kepincangan dan penyakit yang berlaku pada jasad umat ini adalah jauh lebih parah. Kanser yang sudah menapak pada umat Islam ini telah merebak selama beratus tahun lamanya sejak cengkaman penjajahan barat dan tercetusnya peperangan ideologi ( ghazwatul fikri). Masalah ini bukannya terhad mengenai keruntuhan institusi khalifah islam dan kesatuan islam itu sendiri. Ia bukan juga sekadar penjajahan barat dan timur ke atas bumi islam. Bukan juga semata-mata mengenai umat islam yang kian ketinggalan dalam aspek ilmu dan teknologi. Hakikatnya, umat Islam hari ini telah hilang identiti aqidah, ibadah, akhlak dan ciri-ciri keislaman yang boleh melayakkannya berada di posisi kekuatan dan kepimpinan hingga ketahap lenyapnya asas tiangseri bagi tertegaknya sebuah masyarakat Islam.
Tidak mungkin penyelesaian menyeluruh dan sejati hanya dengan pembaikan juz'y ( sebahagian), membuat perubahan aspek atau bidang itu dan ini atau memajukan teknologi tertentu keranan kepincangan yang berlaku lebih parah dan mendalam. Umat Islam kini berjaya diheret musuh hingga terpaksa berada semula di fasa pembinaan sesebuah tamadun dunia. Susuk asas sebuah negara Islam telah tiada.Kekuatan hakikinya telah lenyapbuat pertama kalinya selepas ia pernah dibangkitkkan dalam sebuah negara Islam Madinah suatu masa dahulu. Oleh itu projek kebangkitan seharusnya bermula sama seperti yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. Ia bermula dengan pembentukan individu Islam, Keluarga Islam, Jemaah dan masyarakat Islam sehinggalah ia mencapai fasa peneguhan ( At-tamkin) dan penubuhan negara Islam dan berlangsung sehingga mencapai Ustaziatul Alam ( Memimpin dan membimbing alam).Sepak terajang politik kepartian di banyak negara tidak mengenal keikhlasan, sedang keikhlasan dan tarbiyah adalah asas kemenangan. Generasi Islam terdahulu menang kerana keimanan mereka, ruh mereka suci, jiwa mereka bersih, amalan mereka berlandaskan aqidah dan keyakinan. Mereka tidak didorong oleh akta dan paksaan semata-mata. Mereka menjadikan semua yang dimiliki sebagai waqaf demi kemengangan aqidah mereka sehingga jiwa mereka larut dalam aqidah mereka dan aqidah mereka larut ke dalam jiwa mereka. Diri mereka adalah fikrah dakwah ini dan dakwah ini pula adalah diri mereka yang bergerak ke sana ke mari di tengah khalayak, mengesani orang ramai. Lalu allah mengilhamkan untuk mereka bimbingan dan ketepata disepanjang jalan ini.

Hakikat " Jadilah Hamba sebelum ketua" bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan seperti yang disangka manusia. Ia bukan sahaja ditujukan kepada individu akan tetapi ditujukan juga kepada keluarga dan sebuah masyarakt yang ingin mencapai negara islam yang hakiki. Ia tidak mungkin dicapai dalam masa sehari semalam bahkan mungkin bukan dalam satu generasi. Ia dicapai melalui jerih payah dan tarbiyah yang berterusan, agar kita dapat menghasilkan rijal, bukan sekadar tulisan, kerana kita bercita-cita menegakkan agama yang menjadi asas kepada negara dan tamadun, menyedarkan umat islam dari lamunan agar mereka bangun, bekerja keras ke arah memimpin dunia semula.Ssungguhnya umat islam dan para duat hari ini sangat berhajat kepada kejelasan kefahaman manhaj Tghyir seperti ini agar jelas pula gerak kerja dakwah mereka.Dakwah mereka lurus barisan mereka agar menjadi tepat menuju matlamat yang diharapkan..

Tulisan asal : Ustaz Shahrulzzaman Bin Bistamam
Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA) Perak




Jul 25, 2009

Kisah sedih dari German




Sampai bilakah nasib umat ku akan jadi begini?
Dimanakah rijal?
Dimanakah Salahuddin Ayub?
Daku merindui kehadiran mu....

Jul 24, 2009

Mari Berakhlak Mulia

Dewasa ini, seringkali terpampang di dada-dada akhbar dan di corong-corong radio tentang permasalahan akhlak yang timbul rata-ratanya melibatkan remaja, baik lelaki mahupun perempuan. Bagi segelintir daripada kita mungkin merasakan ini bukanlah masalah kita. Asalkan tidak kena pada anak dan saudara mara kita sendiri, maka tak mengapalah kan?

Namun, harus diingat, permasalahan remaja merupakan satu masalah yang harus ditangani oleh kita semua tanpa mengira siapa pun kita. Remaja yang bakal mewarisi perjalanan kehidupan ini akan membawa bersama mereka akhlak-akhlak dan perilaku-perilaku yang mereka pratikkan sekarang untuk mentadbir negara ini suatu masa nanti. Oleh itu, seharusnya dan sewajarnya kita memastikan pembentukan akhlak remaja didik dan diasuh seiring dengan perjalanan semasa. Sebagaimana perutusan Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, maka begitulah juga tugas dan tanggungjawab kita semua untuk memastikan akhlak mulia tersebar mekar di bumi ini.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR Malik, Ahmad, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Untuk itu, wahai remaja sekalian, marilah sama-sama kita lihat beberapa nukilan hikmah daripada hadis-hadis Nabi SAW agar dapat memotivasikan unutk berakhlak dengan akhlak yang mulia. Mari kita lihat bagaimana kerugian yang bakal menimpa andai tidak berakhlak mulia.

Pernah suatu ketika Nabi SAW bertanyakan para sahabat baginda,

“Tahukah kalian, siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang rugi?" Mereka menjawab, “Orang yang rugi menurut pandangan kami adalah orang yang tidak mempunyai dirham mahupun harta” dan Nabi SAW bersabda “Orang-orang yang rugi dari kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa amal solatnya, puasanya, zakatnya dan dia membawa seluruh amalannya, sedangkan dia telah mencaci ini dan menuduh itu, memakan harta ini, dan menumpahkan darah ini, maka akan ditebuskan perbuatannya ini dari amal kebajikannya dan ini dari amal kebajikannya. Jika telah habis kebaikannya sebelum seluruh amal kebaikannya dihisab, maka diambilkan dari amal keburukan mereka (orang yang pernah disakitinya), sehingga seluruh keburukan mereka dilemparkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Imam Muslim dan At-Tirmizi)

Nah, bagaimana orang yang di dunianya hebat dengan amal kebaikan baik solat, puasa, mahupun zakatnya boleh dihumbankan ke neraka? Tidak lain kerana keperibadian dan akhlaknya yang menyakiti dan menganiayai orang lain (tidak berakhlak mulia) yang menyebabkannya dihumban ke neraka. Moga kita semua dijauhkan dari mendapat kerugian yang besar ini. Ameen.

Apa pula yang boleh menjadi pendorong kita untuk berakhlak mulia? Nabi SAW bersabda,

“Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi)

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

“Dan sesungguhnya sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR As Suyuthi dan Az Zubaidi)

Subhanallah! Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang berakhlak mulia. Orang yang paling baik keislamannya adalah yang paling baik akhlaknya. Nah, apa lagi yang kita masih ragu-ragukan wahai adik-adik sekalian. Ungkapan ‘paling berat’, ‘paling sempurna’ dan ‘paling baik’ semuanya ada pada orang yang berakhlak mulia.

Andai adik-adik semua masih ragu-ragu, ayuh kita lihat jaminan Nabi SAW tentang orang yang berakhlak mulia ini. Nabi SAW bersabda lagi,

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya pada hari kiamat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (HR At Tirmizi, Al Haithami, dan Al Hindi dalam Sahih Sunan At Tirmizi)

“Penyebab utama masuknya manusia ke syurga adalah bertaqwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya.” (HR At Tirmizi dan Ibnu Majah)

“Tidakkah kalian ingin mengetahui orang yang paling ku cintai?" Mereka menjawab “Tentu wahai Rasulullah,” Nabi SAW bertanya kembali, “Tidakkah kalian ingin mengetahui orang yang paling ku cintai?” Mereka menjawab “Tentu wahai Rasulullah," Nabi pun menjawab, “Orang yang paling baik akhlaknya.” (HR Ahmad)

Masya Allah! Apa lagi yang ditunggu wahai adik-adik sekalian, jaminan ini bukan dari orang lain dari Nabi kita tercinta, Nabi Muhammad SAW. Masakan baginda berdusta, kan?

Akhirnya, mari kita sama-sama lihat sebahagian dari doa Nabi kita sewaktu baginda solat malam,

“Dan berilah hidayah padaku agar baik akhlakku. Tidak ada yang mampu memberi hidayah untuk memperbaikinya kecuali Engkau.” (HR Muslim)

Ayuhlah wahai adik-adik sekalian! Mari kita bersama-bersama beramal dengan beberapa hadis yang diberikan ini. Moga dapat memotivasikan diri untuk terus beramal denagn akhlak yang mulia.

Ayuh, mari berakhlak mulia!!!

Jul 20, 2009

Terhegeh-hegeh??

Terhegeh-hegeh?
Perlukah timbul persoalan terhegeh-hegeh dalam melakukan kebaikan? Mari kita renungkan…
Senario 1.
Tatkala sedang chatting….
Kawan 1 : wei naqib, ko tau x nk cari mane syarikat printing?
Saya : Ade kawan aku buat. Tapi kat Batu Gajah la
Kawan 1: Cmni, aiman nk print bookmark utk sambut junior bru yg mai ireland
Saya : Bagusnye…

Senario 2.
Tatkala bersembang dengan sahabat yang belajar di Universiti Luar Negara…
Sahabat 1 : Hang tau naqib senior kat sane bek gle…mcm2 tlg aku..drg sendri nk berkenalan ngn aku .terharu gak
Saya : Yeke? Dasyat tul drg nk bantu junior..

Senario 3.
Menerima call dari seseorang.
Orang : Assalamualaykum naqib..Sihat…ni nk tnye ni…
Saya : Waalaykumusslam..Sihat…ade pe ?
Orang : ade x contac bdk yang akan ke Ireland, UK, Rep Czech?
Saya: Ade…nk wat pe ni?
Orang : Kami nk contact drg kot2 ade yg leh dibantu mcm cari rumah ke, cmne nk survive..Kami pn ade wat kem tuk persediaan ke sane..Under inisiatif kami..
Saya : ada..nnt saya send..truskan buat kebaikan ek.hehe


Senario 4.
Sedang baru melelapkan mata selepas solat maghrib akibat kepenatan, tiba-tiba…
(lagu arab) Handset berbunyi…
Orang 2 : Assalamualaykum naqib..tul ke ade jmpe ngn junior esk?
Saya : Waalaykumusslam..a’ah.esk
“ Maka selepas itu wujud satu berdebatan terhadap prog bersama junior”
Bla..bla…bla…bla……
Saya : Apa salahnye kalo kte sndri turun padang mengenali junior..kte tlg pe yg patut
Orang 2 : “npe kte nk terhegeh-hegeh dengan junior?? “tau x nnt byk kesan buruk die..bla..bla..bla…pttnye truskn je amek sign tu..drg leh knal senior…
Saya : Majoriti nk wat len…len sket dari senior wat
Orang 2: Mse tu rmai je xde…
( Berdebatan di teruskan……sampai pengakhiran tanpa solusi)




Bangsa yang lemah akan kalah,
Bangsa yang mundur akan terkubur,
Bangsa yang kuat akan berdaulat……


Teruskan berfikir dan berzikir...wallahualam.....

Jun 30, 2009

Budaya Senioriti di Universiti

Sekarang ini boleh dikatakan musim pelajar-pelajar masuk IPTA/S. Tahniah kepada mereka yang Berjaya mendapat tempat.Ingatlah wahai saudara-saudaraku..Ini hanyalah permulaan kepada alam university yang penuh dengan cabaran. Kepada yang tak bernasib baik. Ini bukanlah segalanya.Ramai lagi jalan-jalan yang boleh kamu ikuti untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.Yang pasti, setiap perkara mesti dilakukan dengan usaha yang keras dan bertawakal kepada Yang Maha Pencipta.

Terkenang zaman orentasi.

Minggu orentasi merupkan minggu yang penuh dengan kejutan. Mana tak nya , pelajar yang baru masuk dihidangi dengan pelbagai aktiviti suai kenal untuk menanamkan ‘ sense of belonging’ terhadap institusi yang mereka duduki. Namun bagi senior, inilah masanya untuk mereka menguji kehandalan mereka dalam menunjukkan’ kesenioritian’ mereka. Ada yang mengadakan perjumpaan ditengah waktu malam sambil berkata-kata dengan megahnya. Kadang-kadang menegur tingkah laku si junior yang mungkin dianggap tidak beradab ataupun bukan dalam budaya mereka. Alasan yang selalu diberi si senior adalah untuk mendidik adik-adik yang baru sahaja masuk.Maka setelah puas ‘mengenakan’ junior, senanglah hati mereka kerana mereka berjaya melakukan apa yang senior mereka lakukan terhadap mereka dahulu.

Bagi yang mencari pacaran, kedatangan junior membuka mata mereka. Pelajar wanita yang agak menarik perhatian akan mudah dikenali oleh pelajar-pelajar senior lelaki. Hal ini akan menjadi satu budaya sehingga tak tahu bila penghujungnya.

Sedikit pandangan

Bagi saya, budaya yang semacam ini tidak begitu efektif sekiranya si senior mahukan si junior lebih beretika dan berdisiplin. Untuk merubah manusia kepada yang lebih baik, ‘upacara tahunan senior ini’ bukanlah jalannya. Pendekatan yang lebih rasional perlu digunakan sekiranya kita mahukan junior-junior kita lebih baik daripada kita. Perubahan yang perlu dilakukan adalah dalam diri senior itu sendiri. Yang saya maksudkan senior menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada junior. Si senior perlulah turun padang untuk mengenali junior , dan membantu secara termampu apa yang dikehendaki junior. Barulah akan wujud satu suasana yang harmoni dan saling berkasih sayang di sesebuah institusi pendidikan. Kita perlu ingat, kita harus mendorong junior untuk berubah secara proaktif bukan secara reaktif.

Lihatlah bangsa yang cemerlang

Ada satu kelompok bangsa yang cemerlang dari segi pendidikan mereka. Jika kita pergi di mana-mana pusat pendidikan, bangsa ini akan mendominasi anugerah-anugerah dekan. Apa yang saya lihat, mereka ada satu system. Dari super senior sampailah kepada junior. Senior akan lebih membantu kepada mereka dari sudut pembelajaran dan survival di university. Nota-nota , soalan-soalan past year terus diberi kepada junior yang baru masuk. Boleh dikatakan seperti adat mereka, junior yang baru masuk akan terus membuat study circle kerana melihat senior-senior sebangsa mereka mengamalkan perkara itu dan nyata sekali memberikan kesan kepada mereka.

Kesimpulan.

Sekiranya kita mahu menjadi bangsa yang mendominasi kecemerlangan di mana-mana pusat institusi pendidikan, amalan membantu junior dari sudut pndidikan dan survival di university perlu diberi perhatian yang khusus. Bagi saya cukuplah budaya-budaya lama yang tak ada rasionalnya itu. Kita harus menumpukan seluruh tenaga kita untuk membangunkan bangsa kita yang jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan khususnya. Malahan, apabila Perdana Menteri kita mengungumumkan biasiswa nasional yang 100% berdasarkan merit cukup merisaukan survival bangsa saya di mana-mana pusat institusi pendidikan.Semoga buah fikiran saya ini dapat menjadi pencetus perubahan yang lebih efektif dan proaktif. Segala kelemahan dalam tulisan ini harap diberi teguran yang membina.

Jun 29, 2009

Seminar Muslim Medic

Krim Perak Anjur kem Generasi Harapan



30 Mei- Kelab Remaja Isma Perak telah mengadakan Kem Remaja Muslim sempena cuti sekolah yang telah berlansung baru-baru ini.Alhamdulillah, penyertaan yang melebihi dari jangkaan dari pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Perak,iaitu seramai 115 orang,lelaki dan perempuan, telah menjayakan kem tersebut dengan baik.

Peserta mula berlumpul di Kem Sri Murni, Gopeng, Perak seawal pukul 9 pagi. Sesi pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi dan diteruskan dengan sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Kem Komander, Akh Zulfikar Azlan Syariff.

Akh Azlan bersama salah seorang peserta semasa sesi taaruf

Antara peserta perempuan yang hadir

Selepas itu, perkhemahan telah dirasmikan oleh pengerusi Kelab sendiri iaitu Ustaz Tanusi b. Saaban pada pagi 30 Mei dalam sesi pembukaan yang berlansung kira-kira 30minit.

Sesi pertama adalah sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Cikgu Nazri. Peserta-peserta dapat berkenalan dan menjadi lebih rapat antara satu sama lain selepas sesi ini.

Sesi ice breaking oleh Cikgu Nazri

Kemudian, peserta-peserta lelaki dan perempuan dibahagikan kepada lima kumpulan dan diserahkan kepada fasililator-fasililator masing-masing. Peserta dan fasililator masing-masing berkenal-kenalan sebelum bersama-sama makan tengahari.

Sesi antara peserta dan fasililator

Perkhemahan pada hari itu diteruskan dengan pengisian yang diberikan oleh Ustaz Zamri Hashim yang bertajuk "Remaja Al-Quran dan Perubahan". Pelbagai ilmu-ilmu yang berguna telah diberikan oleh Timbalan Mufi Negeri Perak ini.

Kira-kira jam 5 petang, peserta-peserta mula turun ke padang untuk beriadhah sesama mereka. Dalam slot ini, peserta-peserta bermain beberapa permainan menarik yang telah disusun. Anataranya ialah 'Zus Peng', 'Telur Rahsia' dan 'Memecah Telur'.
Peserta lelaki bermain permainan memecahkan telur

Di sebelah malamnya, peserta dihidangkan dengan pengisian dari Akh Aizat yang bertajuk "Tokoh Remaja Islam" sebelum disambung dengan sesi Night Walking. Night Walking pada malam itu berjaya memupuk perasaan sentiasa mengharap dan takut pada Allah SWT.

Pada esoknya pula,bermula dari jam 8.00 pagi,para peserta telah memulakan perjalanan yang cukup jauh dan memeritkan dan terpaksa melalui berbagai-bagai halangan di bawah panas terik mentari sebelum sampai ke destinasi pendakian Gua Kandu.

Peserta melepaskan lelah ketika memasuki Gua Kandu

Peserta bergerak ke Gua Kandu mengikut kumpulan-kumpulan yang disediakan. Dalam perjalanan, mereka dikehendaki singgah dan menyelesaikan setiap tugasan yang disediakan oleh fasililator di setiap checkpoint yang telah disusun. Ujian-ujian itu benar-benar mengujikan mereka sebagai remaja.

Kemudian mereka meneruskan pengembaraan ke dalam Gua Kandu yang memakan masa sekitar tiga jam. Peserta dapat menikmati suasana di dalam gua yang mencabar semasa merentas halangan-halangan di dalam Gua Kandu tersebut. Kemudian, peserta berehat di suatu sudut di dalam gua dan mendengar pengisian yang disampaikan oleh Akh Naqib bertajuk "Kesyumulan Islam Dalam Kehidupan Remaja."

"Kesyumulan Islam dalam hidup remaja" disampaikan oleh Akh Naqib

Ekspidisi ini berakhir kira-kira jam 2.30 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan mandi-manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan.

Pada malamya,para peserta telah diberi peluang untuk mencungkil bakat-bakat terpendam mereka melalui persembahan oleh setiap kumpulan. Pelbagai ragam dapat dilihat semasa mereka sedang mempamerkan bakat-bakat terpendam yang selama ini tersimpan. Antaranya lakonan drama, nyanyian dan sajak.

Peserta lelaki menonjolkan bakat seni yang terpendam selama ini

Hari terakhir program telah diisi dengan slot pengenalan KRIM oleh Ustaz Tanusi,kemudian sesi penutup yang disempurnakan oleh Naib YDP ISMA Perak,Tn Haji Ishak bin Don.

"Slot pengenalan KRIM" oleh Ustaz Tanusi

Secara keseluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan generasi harapan masa depan yang mampu membawa kesempurnaan Islam dalam kehidupannya. Peserta juga berpuas hati dengan keseluruhan program yang telah disusun sepanjang perkehmehan ini berlansung. Semoga para peserta dapat terus mengikuti program-program Kelab Remaja Isma yang akan datang!


Wassalam.( dipetik dari krimperak.blogspot.com)

Jun 20, 2009

Sedang mengkaji

Salam bloger,

Sekarang ada beberapa isu yang masih membuatkan aku kebingungan. Baru-baru ini isu chin peng yang sudah lama tak kedengaran tiba2 muncul semula dibibir-bibir akhbar.Ada pihak yang mahukan chin peng pulang atas dasar perikemanusian dan ada juga pihak yang menentang atas dasar kekejaman yang pernah dilakukan..Belum cukup reda dengan isu Chin Peng, lawatan Mentor Singapura LKY ke Malaysia dan melawat beberapa orang pemimpin negara menambahkan lagi kebingungan aku. Apakah agenda beliau? Beliau bukan calang-calang pemimpin. Keluarnya Singapura dari Malaysia juga semasa dibawah pemerintahan LKY. Setelah sekian lama, apabila lanskap politik malaysia sudah bertukar, kelibat LKY muncul semula. Dan yang paling baru, isu kerajaan perpaduan umno-pas.....Semua isu ini menarik minat aku untuk mengkaji semula sejarah malaysia. Hope aku diberi kekuatan untuk merungkaikan segala kebuntuan aku..=)

May 21, 2009

Krisis Perak


Entri kali ini mungkin agak kontroversi, tapi sebagai rakyat jati negeri perak, aku rasakan perkara ini perlu diambil kira. Keadaan politik yang tidak stabil di negeri perak mengundang pelbagai masalah negeri. Kini perak sudah mempunyai 2 org MB dan 2 org Speaker dewan dan 2 team exco negeri. Masalahnya rakyat yang tersepit dek perebutan memerintah negeri yang terkenal dengan sejarah bijih timah ini. Siapakah yang benar-benar mempunyai kuasa untuk menandatangani surat-surat yang berkaitan urusan kerajaan negeri? Kelulusan dari pihak mana yang diiktiraf? Perkara inilah yang menjadi persoalan kepada rakyat. Sebelum kita mempuat sebarang spekulasi mari kita fahami apa yang terjadi di Perak. Aku kurang mengemari segelintir golongan yang membicarakan perkara ini dengan penuh emosi tanpa fahami isu sebenar. Walaupun aku masih mentah untuk menjadi pemerhati bebas politik, coretan kali ini hanya sekadar pandangan peribadi dan tidak cenderung kepada mana-mana parti.


Kronologi Krisis di Perak:

9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: ADUN kawasan Pasir Panjang dari Pas Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

25 Ogos 2008: Dua anggota EXCO Kerajaan Negeri Perak Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tudahan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta. Mahkamah tetap 10, 11 dan 12 Feb 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

25 Jan. 2009: ADUN Bota dari Umno, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada BN untuk menyertai PKR.

26 Jan. 2009: Menteri Besar Perak mendakwa sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat daripada Umno akan mengikut jejak ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR.

30 Jan. 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai BN.

1 Feb. 2009: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai BN.

1 Feb. 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak 26 Jan. supaya mengisytiharkan segera pendirian mereka jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

1 Feb. 2009: Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang dihantar ke rumahnya pada 5.45 petang.

2 Feb. 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak di Istana Kinta. Beliau tidak mengulas kepada media berhubung istiadat mengadap itu.

3 Feb. 2009: SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

3 Feb. 2009: Mohammad Nizar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4 Feb. 2009: Empat ADUN Perak iaitu ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

4 Feb. 2009: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti. BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

4 Feb. 2009: Mohammad Nizar yang mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan DUN meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda.

3 Mac 2009: Sidang DUN bawah pokok diadakan.

7 Mei 2009: Sidang DUN dirasmikan oleh Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selepas kekecohan selama lima jam di DUN.

11 Mei 2009: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

12 Mei 2009 : Mahkamah rayuan membenarkan rayuan DS Zambri untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi.

22 Mei 2009 : Kini sedang berlangsung di mahkamah rayuan. Permohonan DS Nizar untuk mengenepikan rayuan DS Zamri.


Pandangan masyarakat Pro Team A.
  • Pengambilan kuasa mengikut perlembagaan
  • Mampu membela nasib golongan melayu dan tidak mengenepikan bangsa yang lain
  • Tidak mahu melayu menjadi minoriti dalam exco
  • tidak perlu bubarkan DUN kerana membazir wang
Pandangan masyarakat Pro Team B
  • Jawatan MB dan Speaker masih sah. ( tak terkesan dari majoriti ADUN dari team A)
  • Team B mampu membela nasib semua bangsa
  • Keseimbangan kaum dalam exco
  • Perlu bubarkan DUN untuk kembalikan hak rakyat.

Rasanya cukuplah entri kali ini sekadar informasi kepada krisis di Perak. Mari kita doakan krisis di Perak berakhir dalam keadaan yang aman.. ameeen

May 20, 2009

Kau memang Kejam!!!

Terkejut! Geram!Sedih! Pilu! itulah yang mampu aku gambarkan setelah menerima berita kenalan seperniaga ibuku di greentownmall telah dibunuh jam 2.00 petang tadi. Menurut laporan yang aku dapat, arwah bersama-sama anak gadisnyanya dan pembantu rumah pergi ke bank untuk membuat urusan kewangan. Sebaik sahaja mereka keluar dari bank tersebut, lelaki yang tidak dikenali mengekori mereka. Setibanya di rumah, mereka dikepong, dirompak, dan yang paling menyedihkan sekali mereka telah dibunuh kesemuanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di masukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Aku membayangkan betapa remuknya hati si suami dan ahli keluarga yang lain menerima berita malang ini. Namun, segalanya sudah menjadi takdir. Sebagai hamba, kita perlu redha dengan ketentuan yang berlaku. Yakinlah bahawa keadilan pasti akan muncul..


Kepada Perompak, adakah engkau gembira? Engkau bukan sahaja telah merompak wang, tetapi engkau telah merompak nyawa wanita-wanita yang tidak mampu melawan kamu...Semoga kamu bertaubat kepada allah dan insaf atas kesalahan kamu..



Peristiwa ini membuatkan aku berfikir sejenak. Mengenangkan kerakusan manusia yang makin menjadi-jadi. Manusia tak mampu lagi berfikir mana yang baik dan mana yang haram..Asalkan cukup untuk memuaskan nafsu, nyawa bukan lagi persoalan.
Zaman dunia yang serba moden ini tak ubah seperti zaman jahiyah...cuma sekarang jahiliyah zaman moden...( seperti yang digambarkan oleh syed qtub). Bezanya dahulu orang nak membunuh mungkin menaiki kuda, zaman sekarang ini menaiki motor atau kereta..Perbuatan tetap sama. Yang membezakan adalah teknologi.

Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Semasa zaman jahiliyah, sebelum kerasulan Nabi Muhammad, mungkin kebanyakan masyarakat zaman itu pun sudah terbiasa mendengar peristiwa bunuh, dan bermacam jenis kezaliman. Bagi mereka perkara itu sudah sebati dalam kehidupan dan tidak mampu untuk membendungnya lagi.

Akan tetapi, rahmat allah itu pada sekian alam, di waktu manusia kehausan cahaya kebenaran, allah mengutuskan nabi muhammad untuk menghidupkan kembali keamanan di atas muka bumi ini. Nabi telah berjaya membentuk dan mendidik sahabat untuk menjadikan alam ini dalam keadaan yang sejahtera. Hasil tarbiyah ini, dunia aman selama beratus-ratus tahun lamanya. Wanita pada ketika zaman kegemilangan islam amat terjamin keselamatannya. Inilah yang berlaku sekiranya islam itu ditegakkan dalam hati dan dalam kehidupan seharian merangkumi semua aspek.

Apa yang terjadi pada masa kini sebenarnya ada kunci penyelesaiannya. Segala ajaran Rasulullah cukup lengkap untuk dijadikan panduan bagi memakmurkan kembali bumi ini. Persoalannya siapa yang akan melaksanakannya. Jawapannya adalah saya, anda dan seluruh manusia yang bergelar muslim.