Saturday, July 25, 2009
Kisah sedih dari German
Sampai bilakah nasib umat ku akan jadi begini?
Dimanakah rijal?
Dimanakah Salahuddin Ayub?
Daku merindui kehadiran mu....
Friday, July 24, 2009
Mari Berakhlak Mulia
Namun, harus diingat, permasalahan remaja merupakan satu masalah yang harus ditangani oleh kita semua tanpa mengira siapa pun kita. Remaja yang bakal mewarisi perjalanan kehidupan ini akan membawa bersama mereka akhlak-akhlak dan perilaku-perilaku yang mereka pratikkan sekarang untuk mentadbir negara ini suatu masa nanti. Oleh itu, seharusnya dan sewajarnya kita memastikan pembentukan akhlak remaja didik dan diasuh seiring dengan perjalanan semasa. Sebagaimana perutusan Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, maka begitulah juga tugas dan tanggungjawab kita semua untuk memastikan akhlak mulia tersebar mekar di bumi ini.
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR Malik, Ahmad, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Untuk itu, wahai remaja sekalian, marilah sama-sama kita lihat beberapa nukilan hikmah daripada hadis-hadis Nabi SAW agar dapat memotivasikan unutk berakhlak dengan akhlak yang mulia. Mari kita lihat bagaimana kerugian yang bakal menimpa andai tidak berakhlak mulia.
Pernah suatu ketika Nabi SAW bertanyakan para sahabat baginda,
“Tahukah kalian, siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang rugi?" Mereka menjawab, “Orang yang rugi menurut pandangan kami adalah orang yang tidak mempunyai dirham mahupun harta” dan Nabi SAW bersabda “Orang-orang yang rugi dari kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa amal solatnya, puasanya, zakatnya dan dia membawa seluruh amalannya, sedangkan dia telah mencaci ini dan menuduh itu, memakan harta ini, dan menumpahkan darah ini, maka akan ditebuskan perbuatannya ini dari amal kebajikannya dan ini dari amal kebajikannya. Jika telah habis kebaikannya sebelum seluruh amal kebaikannya dihisab, maka diambilkan dari amal keburukan mereka (orang yang pernah disakitinya), sehingga seluruh keburukan mereka dilemparkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Imam Muslim dan At-Tirmizi)
Nah, bagaimana orang yang di dunianya hebat dengan amal kebaikan baik solat, puasa, mahupun zakatnya boleh dihumbankan ke neraka? Tidak lain kerana keperibadian dan akhlaknya yang menyakiti dan menganiayai orang lain (tidak berakhlak mulia) yang menyebabkannya dihumban ke neraka. Moga kita semua dijauhkan dari mendapat kerugian yang besar ini. Ameen.
Apa pula yang boleh menjadi pendorong kita untuk berakhlak mulia? Nabi SAW bersabda,
“Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi)
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
“Dan sesungguhnya sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR As Suyuthi dan Az Zubaidi)
Subhanallah! Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang berakhlak mulia. Orang yang paling baik keislamannya adalah yang paling baik akhlaknya. Nah, apa lagi yang kita masih ragu-ragukan wahai adik-adik sekalian. Ungkapan ‘paling berat’, ‘paling sempurna’ dan ‘paling baik’ semuanya ada pada orang yang berakhlak mulia.
Andai adik-adik semua masih ragu-ragu, ayuh kita lihat jaminan Nabi SAW tentang orang yang berakhlak mulia ini. Nabi SAW bersabda lagi,
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya pada hari kiamat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (HR At Tirmizi, Al Haithami, dan Al Hindi dalam Sahih Sunan At Tirmizi)
“Penyebab utama masuknya manusia ke syurga adalah bertaqwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya.” (HR At Tirmizi dan Ibnu Majah)
“Tidakkah kalian ingin mengetahui orang yang paling ku cintai?" Mereka menjawab “Tentu wahai Rasulullah,” Nabi SAW bertanya kembali, “Tidakkah kalian ingin mengetahui orang yang paling ku cintai?” Mereka menjawab “Tentu wahai Rasulullah," Nabi pun menjawab, “Orang yang paling baik akhlaknya.” (HR Ahmad)
Masya Allah! Apa lagi yang ditunggu wahai adik-adik sekalian, jaminan ini bukan dari orang lain dari Nabi kita tercinta, Nabi Muhammad SAW. Masakan baginda berdusta, kan?
Akhirnya, mari kita sama-sama lihat sebahagian dari doa Nabi kita sewaktu baginda solat malam,
“Dan berilah hidayah padaku agar baik akhlakku. Tidak ada yang mampu memberi hidayah untuk memperbaikinya kecuali Engkau.” (HR Muslim)
Ayuhlah wahai adik-adik sekalian! Mari kita bersama-bersama beramal dengan beberapa hadis yang diberikan ini. Moga dapat memotivasikan diri untuk terus beramal denagn akhlak yang mulia.
Ayuh, mari berakhlak mulia!!!
Monday, July 20, 2009
Terhegeh-hegeh??
Perlukah timbul persoalan terhegeh-hegeh dalam melakukan kebaikan? Mari kita renungkan…
Senario 1.
Tatkala sedang chatting….
Kawan 1 : wei naqib, ko tau x nk cari mane syarikat printing?
Saya : Ade kawan aku buat. Tapi kat Batu Gajah la
Kawan 1: Cmni, aiman nk print bookmark utk sambut junior bru yg mai ireland
Saya : Bagusnye…
Senario 2.
Tatkala bersembang dengan sahabat yang belajar di Universiti Luar Negara…
Sahabat 1 : Hang tau naqib senior kat sane bek gle…mcm2 tlg aku..drg sendri nk berkenalan ngn aku .terharu gak
Saya : Yeke? Dasyat tul drg nk bantu junior..
Senario 3.
Menerima call dari seseorang.
Orang : Assalamualaykum naqib..Sihat…ni nk tnye ni…
Saya : Waalaykumusslam..Sihat…ade pe ?
Orang : ade x contac bdk yang akan ke Ireland, UK, Rep Czech?
Saya: Ade…nk wat pe ni?
Orang : Kami nk contact drg kot2 ade yg leh dibantu mcm cari rumah ke, cmne nk survive..Kami pn ade wat kem tuk persediaan ke sane..Under inisiatif kami..
Saya : ada..nnt saya send..truskan buat kebaikan ek.hehe
Senario 4.
Sedang baru melelapkan mata selepas solat maghrib akibat kepenatan, tiba-tiba…
(lagu arab) Handset berbunyi…
Orang 2 : Assalamualaykum naqib..tul ke ade jmpe ngn junior esk?
Saya : Waalaykumusslam..a’ah.esk
“ Maka selepas itu wujud satu berdebatan terhadap prog bersama junior”
Bla..bla…bla…bla……
Saya : Apa salahnye kalo kte sndri turun padang mengenali junior..kte tlg pe yg patut
Orang 2 : “npe kte nk terhegeh-hegeh dengan junior?? “tau x nnt byk kesan buruk die..bla..bla..bla…pttnye truskn je amek sign tu..drg leh knal senior…
Saya : Majoriti nk wat len…len sket dari senior wat
Orang 2: Mse tu rmai je xde…
( Berdebatan di teruskan……sampai pengakhiran tanpa solusi)
Bangsa yang lemah akan kalah,
Bangsa yang mundur akan terkubur,
Bangsa yang kuat akan berdaulat……
Teruskan berfikir dan berzikir...wallahualam.....
Monday, June 29, 2009
Budaya Senioriti di Universiti
Sekarang ini boleh dikatakan musim pelajar-pelajar masuk IPTA/S. Tahniah kepada mereka yang Berjaya mendapat tempat.Ingatlah wahai saudara-saudaraku..Ini hanyalah permulaan kepada alam university yang penuh dengan cabaran. Kepada yang tak bernasib baik. Ini bukanlah segalanya.Ramai lagi jalan-jalan yang boleh kamu ikuti untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.Yang pasti, setiap perkara mesti dilakukan dengan usaha yang keras dan bertawakal kepada Yang Maha Pencipta.
Terkenang zaman orentasi.
Minggu orentasi merupkan minggu yang penuh dengan kejutan. Mana tak nya , pelajar yang baru masuk dihidangi dengan pelbagai aktiviti suai kenal untuk menanamkan ‘ sense of belonging’ terhadap institusi yang mereka duduki. Namun bagi senior, inilah masanya untuk mereka menguji kehandalan mereka dalam menunjukkan’ kesenioritian’ mereka. Ada yang mengadakan perjumpaan ditengah waktu malam sambil berkata-kata dengan megahnya. Kadang-kadang menegur tingkah laku si junior yang mungkin dianggap tidak beradab ataupun bukan dalam budaya mereka. Alasan yang selalu diberi si senior adalah untuk mendidik adik-adik yang baru sahaja masuk.Maka setelah puas ‘mengenakan’ junior, senanglah hati mereka kerana mereka berjaya melakukan apa yang senior mereka lakukan terhadap mereka dahulu.
Bagi yang mencari pacaran, kedatangan junior membuka mata mereka. Pelajar wanita yang agak menarik perhatian akan mudah dikenali oleh pelajar-pelajar senior lelaki. Hal ini akan menjadi satu budaya sehingga tak tahu bila penghujungnya.
Sedikit pandangan
Bagi saya, budaya yang semacam ini tidak begitu efektif sekiranya si senior mahukan si junior lebih beretika dan berdisiplin. Untuk merubah manusia kepada yang lebih baik, ‘upacara tahunan senior ini’ bukanlah jalannya. Pendekatan yang lebih rasional perlu digunakan sekiranya kita mahukan junior-junior kita lebih baik daripada kita. Perubahan yang perlu dilakukan adalah dalam diri senior itu sendiri. Yang saya maksudkan senior menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada junior. Si senior perlulah turun padang untuk mengenali junior , dan membantu secara termampu apa yang dikehendaki junior. Barulah akan wujud satu suasana yang harmoni dan saling berkasih sayang di sesebuah institusi pendidikan. Kita perlu ingat, kita harus mendorong junior untuk berubah secara proaktif bukan secara reaktif.
Lihatlah bangsa yang cemerlang
Ada satu kelompok bangsa yang cemerlang dari segi pendidikan mereka. Jika kita pergi di mana-mana pusat pendidikan, bangsa ini akan mendominasi anugerah-anugerah dekan. Apa yang saya lihat, mereka ada satu system. Dari super senior sampailah kepada junior. Senior akan lebih membantu kepada mereka dari sudut pembelajaran dan survival di university. Nota-nota , soalan-soalan past year terus diberi kepada junior yang baru masuk. Boleh dikatakan seperti adat mereka, junior yang baru masuk akan terus membuat study circle kerana melihat senior-senior sebangsa mereka mengamalkan perkara itu dan nyata sekali memberikan kesan kepada mereka.
Kesimpulan.
Sekiranya kita mahu menjadi bangsa yang mendominasi kecemerlangan di mana-mana pusat institusi pendidikan, amalan membantu junior dari sudut pndidikan dan survival di university perlu diberi perhatian yang khusus. Bagi saya cukuplah budaya-budaya lama yang tak ada rasionalnya itu. Kita harus menumpukan seluruh tenaga kita untuk membangunkan bangsa kita yang jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan khususnya. Malahan, apabila Perdana Menteri kita mengungumumkan biasiswa nasional yang 100% berdasarkan merit cukup merisaukan survival bangsa saya di mana-mana pusat institusi pendidikan.Semoga buah fikiran saya ini dapat menjadi pencetus perubahan yang lebih efektif dan proaktif. Segala kelemahan dalam tulisan ini harap diberi teguran yang membina.
Krim Perak Anjur kem Generasi Harapan
30 Mei- Kelab Remaja Isma Perak telah mengadakan Kem Remaja Muslim sempena cuti sekolah yang telah berlansung baru-baru ini.Alhamdulillah, penyertaan yang melebihi dari jangkaan dari pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Perak,iaitu seramai 115 orang,lelaki dan perempuan, telah menjayakan kem tersebut dengan baik.
Peserta mula berlumpul di Kem Sri Murni, Gopeng, Perak seawal pukul 9 pagi. Sesi pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi dan diteruskan dengan sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Kem Komander, Akh Zulfikar Azlan Syariff.
Sesi pertama adalah sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Cikgu Nazri. Peserta-peserta dapat berkenalan dan menjadi lebih rapat antara satu sama lain selepas sesi ini.
Perkhemahan pada hari itu diteruskan dengan pengisian yang diberikan oleh Ustaz Zamri Hashim yang bertajuk "Remaja Al-Quran dan Perubahan". Pelbagai ilmu-ilmu yang berguna telah diberikan oleh Timbalan Mufi Negeri Perak ini.
Ekspidisi ini berakhir kira-kira jam 2.30 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan mandi-manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan.
Wassalam.( dipetik dari krimperak.blogspot.com)
Saturday, June 20, 2009
Sedang mengkaji
Sekarang ada beberapa isu yang masih membuatkan aku kebingungan. Baru-baru ini isu chin peng yang sudah lama tak kedengaran tiba2 muncul semula dibibir-bibir akhbar.Ada pihak yang mahukan chin peng pulang atas dasar perikemanusian dan ada juga pihak yang menentang atas dasar kekejaman yang pernah dilakukan..Belum cukup reda dengan isu Chin Peng, lawatan Mentor Singapura LKY ke Malaysia dan melawat beberapa orang pemimpin negara menambahkan lagi kebingungan aku. Apakah agenda beliau? Beliau bukan calang-calang pemimpin. Keluarnya Singapura dari Malaysia juga semasa dibawah pemerintahan LKY. Setelah sekian lama, apabila lanskap politik malaysia sudah bertukar, kelibat LKY muncul semula. Dan yang paling baru, isu kerajaan perpaduan umno-pas.....Semua isu ini menarik minat aku untuk mengkaji semula sejarah malaysia. Hope aku diberi kekuatan untuk merungkaikan segala kebuntuan aku..=)

