Dec 26, 2009

Budak tanpa dubur?

Budak tanpa dubur?

Baru-baru ini saya ada terbaca berita mengenai seorang kanak-kanak yang menderita akibat dilahirkan tanpa dubur. Sebagai seorang pelajar perubatan saya ,optimis untuk mengetahui punca-punca kelahiran tanpa dubur ini dari sudut saintifik.

Proses pembentukan dubur.

Secara embriologinya dubur adalah sebahagian daripada ‘hindgut’. Hindgut merupakan salah satu daripada salur pencernaan. ( 3 bahagian salur pencernaan – foregut,midgut,hindgut ). Hindgut pula terdiri daripada kiri 1/3 tranverse colon, descending colon, sigmoid , rectum dan bahagian atas anal canal. Bahagian bawal anal canal pula terbentuk daripada Anal Pit.


Bagaimana Lubang dubur terbentuk?

Pada akhir minggu 7 proses pembentukan manusia, apabila cloacal membrane mulai terbuka. Bagaimanapun lubang itu akan ditutupi semula oleh poses proliferasi ectodermal.

Pada miggu ke 9, lubang dubur tebentuk melalui proses ‘recanalization’.

Pertumbuhan abnormal.

Cloacal defect.

· Imperforate anus

· Incidence – 1:5000

· More in male

· Cause- lack of recanalization in lower anal canal


Berita asal:

KULIM, Dis 24 — Derita seorang kanak-kanak yang dilahirkan tanpa dubur, Mohd Zariq Haizat Mohd Zul Haryree, 8, mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim yang berjanji akan membiayai keperluannya bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga kanak-kanak itu.

Bantuan untuk meringankan beban keluarga Mohd Zariq itu disampaikan Pegawai JKM Daerah Kulim, Rohana Mohd Yusuf yang turut menyampaikan bantuan segera berjumlah RM200 kepada ibu kanak-kanak itu, Nooralila Zainon, semalam.

Menurut Nooralila, 38, Mohd Zariq merupakan anak lelaki keduanya daripada empat beradik, dilahirkan tanpa dubur dan ketika usianya dua bulan doktor telah menebuk satu saluran di bahagian perutnya bagi membolehkan najis keluar melalui saluran paip kecil itu.

"Pembedahan kedua dilakukan bagi membolehkan Mohd Haziq membuang air besar pada saluran seperti saluran biasa tetapi tiada berinjap ketika dia berusia 9 bulan," katanya.

Katanya kedua-dua pembedahan itu dilakukan oleh doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Zul Haryree Mohd Salleh, 39, yang kudung kaki kirinya sejak lahir merupakan seorang penyelia di Plaza Tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Bagan Samak, Bandar Baharu di sini.

Mohd Zul Haryree berkata beliau terpaksa membelanjakan kira-kira RM400 sebulan bagi membiayai kos tambang untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan susulan di HSB dua kali sebulan dan lampin pakai buang yang diperlukan anaknya setiap hari.

"Sejak lapan tahun lalu walaupun saya mengalami masalah kewangan kerana pendapatan yang tidak seberapa, tapi saya tidak terlalu berharap untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak," katanya.

Bagaimanapun katanya, bantuan daripada JKM itu amat dihargai beliau sekeluarga dan bersyukur kerana ada pihak yang bersimpati dengan nasib keluarganya terutamanya keperitan yang ditanggung oleh anaknya itu. — Bernama

8 comments:

  1. salam.......masalah ini terjadi pd anak saya juga....harap2 tiada komplikasi lain.....penjagaan kenalah rapi

    ReplyDelete
  2. ank sya jg mgalami kes yg sama.cuma ank sya buang najis dr salur kencing ny...hr ketiga usia ny dia d bedah tuk colostomy
    usianya 8bln d bedah untuk buat lubang dubur ny..dan tuk pembedahan kali ketiga tggu keputusan doctor. cbb skg mc dlm proses tuk mbesarkn lubang dubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana dgn anak puan skrg,anak saya pun mcm ni

      Delete
  3. ank sya jg mgalami kes yg sama.cuma ank sya buang najis dr salur kencing ny...hr ketiga usia ny dia d bedah tuk colostomy
    usianya 8bln d bedah untuk buat lubang dubur ny..dan tuk pembedahan kali ketiga tggu keputusan doctor. cbb skg mc dlm proses tuk mbesarkn lubang dubur

    ReplyDelete
  4. Salam ... anak saya mengalami masalah yg sama . Esok dia akan menjalani pembedahan . Mohon doakan agar smua nya dpermudahkan ...

    ReplyDelete
  5. Berapa lama penjagaan sel3pas pembwdahan

    ReplyDelete
  6. Sis mcm mna bby skrg? Lepas pembedahan?

    ReplyDelete