Sahabat Adalah hati yang hangat Sehangat kopi susu buatan ibu Menyejukkan mulut dan rasa Tanpa musti bergelora
Sahabat Jalannya tak berjejak Tak pula berpeluh keringat Namun memberi semangat
Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa Bukan pula bara api rindu di dada Hanya seuntai benang sutera Yang cukup erat mengikat Nurani yang jahat
Sahabat adalah serumput kata yang sejuk Sesejuk embun di pelupuk mata Yang menidurkan jiwa Tanpa berjuta aksara
Sahabat Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat? atas anggur cinta yang memabukan Atau istana suka yang mengilusikan Atau tsunami duka yang menenggelamkan
ILA stroke merupakan ILA yang paling mencabar buat saya. Di sini saya tuliskan semual soalan dan jawapan bagi Kuiz ILA ( Stroke )
1. Area that responsible in speech probem ans : Broca' s are
2. ( tak sempat nk tulis, tp ada kaitan dgn kerosakan bahagian otak yang menyebabkan personality change_ ans : prefrontal area
3. Artery that supply primary visual area ans posterior cerbral artey
4. Artery that supply motor ortex ans : anterior cerebral artery
5. The direct effect of brain edema on cerebral blood flow would cause the effect on cerebral tissue ans: ischemia
6. Increase CO2 concentration in the brain cause this effect on cerebral blood vessel ans : vasolidation
7. 25 years old female with mitral stenosis due to rhematic heart disease developed wekness of her right upper lower limb while she watering her plant in the garden ans : cerebral embolism
8. ( xsempat.tp patient tu ade DM,ssh nk bangun ) ans : cerebral thrombosis
9. After cerebral ischemia, mitochondria enyzme loss of function ( name ezyme tu) ans : pyruvate dehydrogenase
10.Enzyme that convert acetycholine into inactive form. ans : acetylcholinesterase
Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.
TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
OBJEKTIF
i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam. ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa. iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan. Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.
PEMBENTANG KERTAS KERJA
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman Timbalan Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia Ikatan Muslimin Malaysia
YURAN PENYERTAAN
Klasifikasi
Bayaran
Sasaran (orang)
Perseorangan
RM50
800
Wakil Organisasi
RM100
20
Suami dan Isteri
RM70
200
Pelajar
RM20
2000
TENTATIF PROGRAM
8.00 am – 8.40 am
Kehadiran peserta dan pendaftaran
8.40 am – 9.00 am
Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi
9:00am – 10:00am
Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
10:00am -10:20am
Rehat
10:20am -11:30am
Kertas Kerja I ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:30am- 11:40am
Tayangan Multimedia
11:40am -12:50pm
Kertas Kerja II”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40pm – 2:00pm
Solat dan Makan Tengahari
2:00pm – 3:10pm
Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Been Lan memutuskan akhbar mingguan kristian “Herald” sekarang boleh menggunapakai perkataan “Allah” dalam akhbar dan apa sahaja penerbitannya dan mengisytiharkan larangan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri sebagai “illegal, null and void” (salah, tiada kesan dan terbatal). Keputusan Hakim Lau Been Lan tersebut dibuat dengan asas :
1. Agama-agama lain selain Islam berhak diamalkan dengan aman dan harmoni di Malaysia. (Perlembagaan Persekutuan, Artikel 3). 2. Pemohon, Archbishop Murphy Pakiam berhak bebas dalam bercakap dan mengutarakan pandangan (Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10). 3. Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia gagal membuktikan dalam perbicaraan bagaimana dengan menggunakan perkataan “Allah” boleh mengancam keselamatan negara. Photo: The former Auxiliary Bishop Murphy Nicholas Pakiam was installed as the third Archbishop of Kuala Lumpur on the Feast of the Ascension May 29 at the Cathedral of St John. He succeeds 71-year old Archbishop Anthony Soter Fernandez, who resigned on May 24 due to ill health.
Pada 7/1/2009, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan permit kepada “Herald” dengan syarat tidak boleh menggunakan perkataan “Allah” dan dengan tanda “T.e.r.h.a.d” di Muka Pertamanya (edaran untuk orang Kristian sahaja) demi keselamatan dalam negara dan mengelak kekeliruan dikalangan umat Islam. Namun pada 16/2/2009, penerbit Herald, Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan Mahkamah bahawa larangan itu adalah salah, dan perkataan “Allah” bukan hanya untuk agama Islam.
Pandangan saya :
1. Hakim Lau Been Lan membuat keputusan menggunakan dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan yang sangat umum. Oleh sebab sangat umum, lain hakim boleh memutuskan keputusan yang berbeza. 2. Istilah “Keselamatan dalam negara” juga tiada perincian yang sewajarnya menyebabkan ia mudah ditafsirkan oleh sesiapa sahaja. Mereka yang berkepentingan agama dan ideology tersendiri akan menafsirkannya cara tersendiri. Mereka yang berkepentingan politik akan menafsirkannya cara tersendiri pula. Mereka yang lebih dekat kepada umat Islam dan kepentingaan mereka hanya badan-badan Islam dan wakil-wakil rakyat mereka. Namun, adakah wakil-wakil rakyat umat Islam berjuang bersungguh-sungguh di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)? 3. Jika dengan bilangan wakil-wakil rakyat Islam dan pengaruh mereka dalam Parlimen terhadap wakil-wakil bukan-Islam (yang ramai sekular), usul larangan menggunakan perkataan “Allah” oleh agama-agama lain adalah mudah untuk diluluskan lalu menjadi akta. Saya tidak fikir kebanyakan wakil rakyat bukan-Islam yang rata-rata ahli politik atau ahli perniagaan dan bukan ahli agama akan beriya-iya untuk menggunakan perkataan “Allah” yang telah lama dipakai (sejak 700 tahun lalu) oleh umat Islam di Malaysia. Malangnya ramai wakil-wakil rakyat Islam kita tidak berfikir dan bertindak seperti ini. Langkah mengaktakan perkara-perkara yang bermenfaat kepada umat Islam kedalam Perlembagaan tidak perlu menunggu sehingga tertegaknya Daulah Islam terlebih dahulu. 4. Selepas ini tidak salah orang-orang kristian mengatakan “Allah” beranak atau mempunyai anak dihadapan umat Islam samada dalam perbualan, penulisan lebih-lebih lagi dalam media massa dan ucapan umum. Diantara mereka mempercayai Nabi Isa (Jesus) sebagai anak Tuhan. Mahasuci Allah dari tohmahan tersebut. 5. Pemakaian perkataan “Allah” dinegara lain tidak boleh dijadikan alasan membolehkan pemakaian tersebut di negara Malaysia. Contoh sesetengah Arab Kristian menggunakan perkataan “Allah” dalam insyaAllah, alhamdulillah dll. Syariat atau undang-undang berbeza dari satu negara ke satu negara bergantung kepada realiti setempat, keadaan masyarakat, keadaan masa dsb sama seperti undang-undang jalanraya, imigresen dsb disesebuah tempat. Perkataan “Allah” oleh semua penduduk berbilang agama dalam sesetengah negara tidak menimbulkan kekeliruan berbanding jika ianya tersebar dikalangan masyarakat di Malaysia. 6. Jika keputusan KDN vs Murphy Pakiam diatas menjadi precedence case (kes sulung/terdahulu yang boleh dijadikan rujukan dan panduan penghakiman-penghakiman selepas ini), pengikut-pengikut agama lain juga kini boleh bebas menggunakan perkataan “Allah” di Malaysia. Disebabkan “Allah” mereka berbeza, mereka bebas, dan dijamin Perlembagaan Persekutuan, untuk menyifatkan “Allah” mengikut kehendak kepercayaan mereka walaupun dengan sifat-sifat yang bertentangan dengan Allah yang sebenar yang diimani oleh umat Islam seperti berupa patung, binatang dan sebagainya. Apabila berlaku di Denmark, disiarkan kartun bernama “Muhammad” berlaku huru hara bukan sahaja di Denmark, tetapi kebangkitan hampir di seluruh dunia, bagaimana pula yang akan berlaku jika disiarkan satu patung berkepala binatang bernama “Allah” dibumi Malaysia kesan dari keputusan Lau Been Lan tersebut ? 7. Adakah isu ini yang baru sahaja lahir tahun lalu setelahmana umat Islam di Malaysia menggunakan perkataan Allah sejak 700 tahun lalu, menunjukkan peningkatan jiwa, kepekaan dan aktivisma umat bukan-Islam di negara ini, atau sebaliknya menunjukkan kekhuatiran mereka terhadap kepupusan berbanding Islam yang teguh seperti yang disebut oleh Prague Cardinal Miloslav Vlk. Atau adakah ia menunjukkan penurunan terus menerus kepekaan, penghayatan dan identiti Islam di dalam jiwa-jiwa umat Islam itu sendiri kesan dimamah suasana, pengaruh dan pendidikan Barat yang menguasai media massa, sistem dan cara mereka berfikir setiap hari dalam masa yang panjang ? Disebabkan kurang sensitif dan kemunduran jiwa seperti ini, orang-orang bukan-Islam lebih terbuka dalam mengemukakan sesuatu yang sensitif, berbanding dengan dekad dan zaman sebelum ini ?
Semoga Allah swt menguatkan jiwa umat Islam, membawa mereka kearah memahami dan menghayati agama mereka yang benar iaitu Islam. “Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum sehingga mereka merubah apa yang didalam jiwa mereka sendiri” (Al-Quran).