30 Mei- Kelab Remaja Isma Perak telah mengadakan Kem Remaja Muslim sempena cuti sekolah yang telah berlansung baru-baru ini.Alhamdulillah, penyertaan yang melebihi dari jangkaan dari pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Perak,iaitu seramai 115 orang,lelaki dan perempuan, telah menjayakan kem tersebut dengan baik.
Peserta mula berlumpul di Kem Sri Murni, Gopeng, Perak seawal pukul 9 pagi. Sesi pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi dan diteruskan dengan sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Kem Komander, Akh Zulfikar Azlan Syariff.
Selepas itu, perkhemahan telah dirasmikan oleh pengerusi Kelab sendiri iaitu Ustaz Tanusi b. Saaban pada pagi 30 Mei dalam sesi pembukaan yang berlansung kira-kira 30minit.
Sesi pertama adalah sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Cikgu Nazri. Peserta-peserta dapat berkenalan dan menjadi lebih rapat antara satu sama lain selepas sesi ini.
Sesi pertama adalah sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Cikgu Nazri. Peserta-peserta dapat berkenalan dan menjadi lebih rapat antara satu sama lain selepas sesi ini.
Sesi ice breaking oleh Cikgu Nazri
Kemudian, peserta-peserta lelaki dan perempuan dibahagikan kepada lima kumpulan dan diserahkan kepada fasililator-fasililator masing-masing. Peserta dan fasililator masing-masing berkenal-kenalan sebelum bersama-sama makan tengahari.
Perkhemahan pada hari itu diteruskan dengan pengisian yang diberikan oleh Ustaz Zamri Hashim yang bertajuk "Remaja Al-Quran dan Perubahan". Pelbagai ilmu-ilmu yang berguna telah diberikan oleh Timbalan Mufi Negeri Perak ini.
Peserta lelaki bermain permainan memecahkan telurPerkhemahan pada hari itu diteruskan dengan pengisian yang diberikan oleh Ustaz Zamri Hashim yang bertajuk "Remaja Al-Quran dan Perubahan". Pelbagai ilmu-ilmu yang berguna telah diberikan oleh Timbalan Mufi Negeri Perak ini.
Kira-kira jam 5 petang, peserta-peserta mula turun ke padang untuk beriadhah sesama mereka. Dalam slot ini, peserta-peserta bermain beberapa permainan menarik yang telah disusun. Anataranya ialah 'Zus Peng', 'Telur Rahsia' dan 'Memecah Telur'.
Di sebelah malamnya, peserta dihidangkan dengan pengisian dari Akh Aizat yang bertajuk "Tokoh Remaja Islam" sebelum disambung dengan sesi Night Walking. Night Walking pada malam itu berjaya memupuk perasaan sentiasa mengharap dan takut pada Allah SWT.
Pada esoknya pula,bermula dari jam 8.00 pagi,para peserta telah memulakan perjalanan yang cukup jauh dan memeritkan dan terpaksa melalui berbagai-bagai halangan di bawah panas terik mentari sebelum sampai ke destinasi pendakian Gua Kandu.
Peserta bergerak ke Gua Kandu mengikut kumpulan-kumpulan yang disediakan. Dalam perjalanan, mereka dikehendaki singgah dan menyelesaikan setiap tugasan yang disediakan oleh fasililator di setiap checkpoint yang telah disusun. Ujian-ujian itu benar-benar mengujikan mereka sebagai remaja.
Kemudian mereka meneruskan pengembaraan ke dalam Gua Kandu yang memakan masa sekitar tiga jam. Peserta dapat menikmati suasana di dalam gua yang mencabar semasa merentas halangan-halangan di dalam Gua Kandu tersebut. Kemudian, peserta berehat di suatu sudut di dalam gua dan mendengar pengisian yang disampaikan oleh Akh Naqib bertajuk "Kesyumulan Islam Dalam Kehidupan Remaja."
"Kesyumulan Islam dalam hidup remaja" disampaikan oleh Akh Naqib
Ekspidisi ini berakhir kira-kira jam 2.30 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan mandi-manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan.
Pada malamya,para peserta telah diberi peluang untuk mencungkil bakat-bakat terpendam mereka melalui persembahan oleh setiap kumpulan. Pelbagai ragam dapat dilihat semasa mereka sedang mempamerkan bakat-bakat terpendam yang selama ini tersimpan. Antaranya lakonan drama, nyanyian dan sajak.Ekspidisi ini berakhir kira-kira jam 2.30 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan mandi-manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan.
Hari terakhir program telah diisi dengan slot pengenalan KRIM oleh Ustaz Tanusi,kemudian sesi penutup yang disempurnakan oleh Naib YDP ISMA Perak,Tn Haji Ishak bin Don.
Secara keseluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan generasi harapan masa depan yang mampu membawa kesempurnaan Islam dalam kehidupannya. Peserta juga berpuas hati dengan keseluruhan program yang telah disusun sepanjang perkehmehan ini berlansung. Semoga para peserta dapat terus mengikuti program-program Kelab Remaja Isma yang akan datang!
Wassalam.( dipetik dari krimperak.blogspot.com)
Wassalam.( dipetik dari krimperak.blogspot.com)
assalamualaikum.
ReplyDeleteenta ada gambar aktivti akhawat x?
P/s:fasi akhawat