Sekarang ini boleh dikatakan musim pelajar-pelajar masuk IPTA/S. Tahniah kepada mereka yang Berjaya mendapat tempat.Ingatlah wahai saudara-saudaraku..Ini hanyalah permulaan kepada alam university yang penuh dengan cabaran. Kepada yang tak bernasib baik. Ini bukanlah segalanya.Ramai lagi jalan-jalan yang boleh kamu ikuti untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.Yang pasti, setiap perkara mesti dilakukan dengan usaha yang keras dan bertawakal kepada Yang Maha Pencipta.
Terkenang zaman orentasi.
Minggu orentasi merupkan minggu yang penuh dengan kejutan. Mana tak nya , pelajar yang baru masuk dihidangi dengan pelbagai aktiviti suai kenal untuk menanamkan ‘ sense of belonging’ terhadap institusi yang mereka duduki. Namun bagi senior, inilah masanya untuk mereka menguji kehandalan mereka dalam menunjukkan’ kesenioritian’ mereka. Ada yang mengadakan perjumpaan ditengah waktu malam sambil berkata-kata dengan megahnya. Kadang-kadang menegur tingkah laku si junior yang mungkin dianggap tidak beradab ataupun bukan dalam budaya mereka. Alasan yang selalu diberi si senior adalah untuk mendidik adik-adik yang baru sahaja masuk.Maka setelah puas ‘mengenakan’ junior, senanglah hati mereka kerana mereka berjaya melakukan apa yang senior mereka lakukan terhadap mereka dahulu.
Bagi yang mencari pacaran, kedatangan junior membuka mata mereka. Pelajar wanita yang agak menarik perhatian akan mudah dikenali oleh pelajar-pelajar senior lelaki. Hal ini akan menjadi satu budaya sehingga tak tahu bila penghujungnya.
Sedikit pandangan
Bagi saya, budaya yang semacam ini tidak begitu efektif sekiranya si senior mahukan si junior lebih beretika dan berdisiplin. Untuk merubah manusia kepada yang lebih baik, ‘upacara tahunan senior ini’ bukanlah jalannya. Pendekatan yang lebih rasional perlu digunakan sekiranya kita mahukan junior-junior kita lebih baik daripada kita. Perubahan yang perlu dilakukan adalah dalam diri senior itu sendiri. Yang saya maksudkan senior menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada junior. Si senior perlulah turun padang untuk mengenali junior , dan membantu secara termampu apa yang dikehendaki junior. Barulah akan wujud satu suasana yang harmoni dan saling berkasih sayang di sesebuah institusi pendidikan. Kita perlu ingat, kita harus mendorong junior untuk berubah secara proaktif bukan secara reaktif.
Lihatlah bangsa yang cemerlang
Ada satu kelompok bangsa yang cemerlang dari segi pendidikan mereka. Jika kita pergi di mana-mana pusat pendidikan, bangsa ini akan mendominasi anugerah-anugerah dekan. Apa yang saya lihat, mereka ada satu system. Dari super senior sampailah kepada junior. Senior akan lebih membantu kepada mereka dari sudut pembelajaran dan survival di university. Nota-nota , soalan-soalan past year terus diberi kepada junior yang baru masuk. Boleh dikatakan seperti adat mereka, junior yang baru masuk akan terus membuat study circle kerana melihat senior-senior sebangsa mereka mengamalkan perkara itu dan nyata sekali memberikan kesan kepada mereka.
Kesimpulan.
Sekiranya kita mahu menjadi bangsa yang mendominasi kecemerlangan di mana-mana pusat institusi pendidikan, amalan membantu junior dari sudut pndidikan dan survival di university perlu diberi perhatian yang khusus. Bagi saya cukuplah budaya-budaya lama yang tak ada rasionalnya itu. Kita harus menumpukan seluruh tenaga kita untuk membangunkan bangsa kita yang jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan khususnya. Malahan, apabila Perdana Menteri kita mengungumumkan biasiswa nasional yang 100% berdasarkan merit cukup merisaukan survival bangsa saya di mana-mana pusat institusi pendidikan.Semoga buah fikiran saya ini dapat menjadi pencetus perubahan yang lebih efektif dan proaktif. Segala kelemahan dalam tulisan ini harap diberi teguran yang membina.
salam naqib....
ReplyDeletesalam ziarah, sahabat lama(if still ingat)
n3 kamu banyak berkisar general knowledge.. bak kata lynn, x ramai generasi kite mcam ni..
n i was so surprised sbnanye, naqib yg skang rasenye sudah lain dari yg dolu, jauh lebih hebat...alhamdulillah..
moga perjuangan mu dlm bentuk mcam ni akan berterusan n sntiasa di bawah payung rahmat Nya
salam..
ReplyDeleteigt lagi la bibi..thnx for the comment=)
jom jumpa junior amek buddy baru..ahaha
ReplyDeletejom2..haha
ReplyDeletealhamdulillah kitorang bebudak malaysia kat sini, we know that we are minority so we help each other in all aspect.
ReplyDeletefor instance senior2 yang ada kereta kalau diorang nak pegi kedai, diorang akan tanye bebudak yang x de kereta nak pegi kedai ikut diorang x pegi beli groceries.
kalau bukak sem baru, diorang mesti
akan bagi semua notes, lab notes, lab report, textbook, and exam papers kalau diorang dah pernah amik kelas tu previously. or before registration utk sem baru, they will ask other malaysians to register the same class so nanti boleh study sama2. kalau x paham ape2 subjek, they are more than willing to help us if they've already taken the class before.
we here dont call our senior with panggilan abang or kakak if they are older than us. even they dont want to be called like that. but still we as the younger ones still respect them.
aku rasa kalau orng melayu bile kene campak kat places yang diiorang jadi minority, malays are the survivors and the successors. x paham kenape kalau dekat negara sendiri kureng sikit.
p/s: sekadar nak kongsi experience.
sangat suke laa ngn konklusi lyn....
ReplyDeletemelayu owh melayu... =D