Jun 30, 2009

Budaya Senioriti di Universiti

Sekarang ini boleh dikatakan musim pelajar-pelajar masuk IPTA/S. Tahniah kepada mereka yang Berjaya mendapat tempat.Ingatlah wahai saudara-saudaraku..Ini hanyalah permulaan kepada alam university yang penuh dengan cabaran. Kepada yang tak bernasib baik. Ini bukanlah segalanya.Ramai lagi jalan-jalan yang boleh kamu ikuti untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.Yang pasti, setiap perkara mesti dilakukan dengan usaha yang keras dan bertawakal kepada Yang Maha Pencipta.

Terkenang zaman orentasi.

Minggu orentasi merupkan minggu yang penuh dengan kejutan. Mana tak nya , pelajar yang baru masuk dihidangi dengan pelbagai aktiviti suai kenal untuk menanamkan ‘ sense of belonging’ terhadap institusi yang mereka duduki. Namun bagi senior, inilah masanya untuk mereka menguji kehandalan mereka dalam menunjukkan’ kesenioritian’ mereka. Ada yang mengadakan perjumpaan ditengah waktu malam sambil berkata-kata dengan megahnya. Kadang-kadang menegur tingkah laku si junior yang mungkin dianggap tidak beradab ataupun bukan dalam budaya mereka. Alasan yang selalu diberi si senior adalah untuk mendidik adik-adik yang baru sahaja masuk.Maka setelah puas ‘mengenakan’ junior, senanglah hati mereka kerana mereka berjaya melakukan apa yang senior mereka lakukan terhadap mereka dahulu.

Bagi yang mencari pacaran, kedatangan junior membuka mata mereka. Pelajar wanita yang agak menarik perhatian akan mudah dikenali oleh pelajar-pelajar senior lelaki. Hal ini akan menjadi satu budaya sehingga tak tahu bila penghujungnya.

Sedikit pandangan

Bagi saya, budaya yang semacam ini tidak begitu efektif sekiranya si senior mahukan si junior lebih beretika dan berdisiplin. Untuk merubah manusia kepada yang lebih baik, ‘upacara tahunan senior ini’ bukanlah jalannya. Pendekatan yang lebih rasional perlu digunakan sekiranya kita mahukan junior-junior kita lebih baik daripada kita. Perubahan yang perlu dilakukan adalah dalam diri senior itu sendiri. Yang saya maksudkan senior menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada junior. Si senior perlulah turun padang untuk mengenali junior , dan membantu secara termampu apa yang dikehendaki junior. Barulah akan wujud satu suasana yang harmoni dan saling berkasih sayang di sesebuah institusi pendidikan. Kita perlu ingat, kita harus mendorong junior untuk berubah secara proaktif bukan secara reaktif.

Lihatlah bangsa yang cemerlang

Ada satu kelompok bangsa yang cemerlang dari segi pendidikan mereka. Jika kita pergi di mana-mana pusat pendidikan, bangsa ini akan mendominasi anugerah-anugerah dekan. Apa yang saya lihat, mereka ada satu system. Dari super senior sampailah kepada junior. Senior akan lebih membantu kepada mereka dari sudut pembelajaran dan survival di university. Nota-nota , soalan-soalan past year terus diberi kepada junior yang baru masuk. Boleh dikatakan seperti adat mereka, junior yang baru masuk akan terus membuat study circle kerana melihat senior-senior sebangsa mereka mengamalkan perkara itu dan nyata sekali memberikan kesan kepada mereka.

Kesimpulan.

Sekiranya kita mahu menjadi bangsa yang mendominasi kecemerlangan di mana-mana pusat institusi pendidikan, amalan membantu junior dari sudut pndidikan dan survival di university perlu diberi perhatian yang khusus. Bagi saya cukuplah budaya-budaya lama yang tak ada rasionalnya itu. Kita harus menumpukan seluruh tenaga kita untuk membangunkan bangsa kita yang jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan khususnya. Malahan, apabila Perdana Menteri kita mengungumumkan biasiswa nasional yang 100% berdasarkan merit cukup merisaukan survival bangsa saya di mana-mana pusat institusi pendidikan.Semoga buah fikiran saya ini dapat menjadi pencetus perubahan yang lebih efektif dan proaktif. Segala kelemahan dalam tulisan ini harap diberi teguran yang membina.

Jun 29, 2009

Seminar Muslim Medic

Krim Perak Anjur kem Generasi Harapan



30 Mei- Kelab Remaja Isma Perak telah mengadakan Kem Remaja Muslim sempena cuti sekolah yang telah berlansung baru-baru ini.Alhamdulillah, penyertaan yang melebihi dari jangkaan dari pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Perak,iaitu seramai 115 orang,lelaki dan perempuan, telah menjayakan kem tersebut dengan baik.

Peserta mula berlumpul di Kem Sri Murni, Gopeng, Perak seawal pukul 9 pagi. Sesi pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi dan diteruskan dengan sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Kem Komander, Akh Zulfikar Azlan Syariff.

Akh Azlan bersama salah seorang peserta semasa sesi taaruf

Antara peserta perempuan yang hadir

Selepas itu, perkhemahan telah dirasmikan oleh pengerusi Kelab sendiri iaitu Ustaz Tanusi b. Saaban pada pagi 30 Mei dalam sesi pembukaan yang berlansung kira-kira 30minit.

Sesi pertama adalah sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Cikgu Nazri. Peserta-peserta dapat berkenalan dan menjadi lebih rapat antara satu sama lain selepas sesi ini.

Sesi ice breaking oleh Cikgu Nazri

Kemudian, peserta-peserta lelaki dan perempuan dibahagikan kepada lima kumpulan dan diserahkan kepada fasililator-fasililator masing-masing. Peserta dan fasililator masing-masing berkenal-kenalan sebelum bersama-sama makan tengahari.

Sesi antara peserta dan fasililator

Perkhemahan pada hari itu diteruskan dengan pengisian yang diberikan oleh Ustaz Zamri Hashim yang bertajuk "Remaja Al-Quran dan Perubahan". Pelbagai ilmu-ilmu yang berguna telah diberikan oleh Timbalan Mufi Negeri Perak ini.

Kira-kira jam 5 petang, peserta-peserta mula turun ke padang untuk beriadhah sesama mereka. Dalam slot ini, peserta-peserta bermain beberapa permainan menarik yang telah disusun. Anataranya ialah 'Zus Peng', 'Telur Rahsia' dan 'Memecah Telur'.
Peserta lelaki bermain permainan memecahkan telur

Di sebelah malamnya, peserta dihidangkan dengan pengisian dari Akh Aizat yang bertajuk "Tokoh Remaja Islam" sebelum disambung dengan sesi Night Walking. Night Walking pada malam itu berjaya memupuk perasaan sentiasa mengharap dan takut pada Allah SWT.

Pada esoknya pula,bermula dari jam 8.00 pagi,para peserta telah memulakan perjalanan yang cukup jauh dan memeritkan dan terpaksa melalui berbagai-bagai halangan di bawah panas terik mentari sebelum sampai ke destinasi pendakian Gua Kandu.

Peserta melepaskan lelah ketika memasuki Gua Kandu

Peserta bergerak ke Gua Kandu mengikut kumpulan-kumpulan yang disediakan. Dalam perjalanan, mereka dikehendaki singgah dan menyelesaikan setiap tugasan yang disediakan oleh fasililator di setiap checkpoint yang telah disusun. Ujian-ujian itu benar-benar mengujikan mereka sebagai remaja.

Kemudian mereka meneruskan pengembaraan ke dalam Gua Kandu yang memakan masa sekitar tiga jam. Peserta dapat menikmati suasana di dalam gua yang mencabar semasa merentas halangan-halangan di dalam Gua Kandu tersebut. Kemudian, peserta berehat di suatu sudut di dalam gua dan mendengar pengisian yang disampaikan oleh Akh Naqib bertajuk "Kesyumulan Islam Dalam Kehidupan Remaja."

"Kesyumulan Islam dalam hidup remaja" disampaikan oleh Akh Naqib

Ekspidisi ini berakhir kira-kira jam 2.30 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan mandi-manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan.

Pada malamya,para peserta telah diberi peluang untuk mencungkil bakat-bakat terpendam mereka melalui persembahan oleh setiap kumpulan. Pelbagai ragam dapat dilihat semasa mereka sedang mempamerkan bakat-bakat terpendam yang selama ini tersimpan. Antaranya lakonan drama, nyanyian dan sajak.

Peserta lelaki menonjolkan bakat seni yang terpendam selama ini

Hari terakhir program telah diisi dengan slot pengenalan KRIM oleh Ustaz Tanusi,kemudian sesi penutup yang disempurnakan oleh Naib YDP ISMA Perak,Tn Haji Ishak bin Don.

"Slot pengenalan KRIM" oleh Ustaz Tanusi

Secara keseluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan generasi harapan masa depan yang mampu membawa kesempurnaan Islam dalam kehidupannya. Peserta juga berpuas hati dengan keseluruhan program yang telah disusun sepanjang perkehmehan ini berlansung. Semoga para peserta dapat terus mengikuti program-program Kelab Remaja Isma yang akan datang!


Wassalam.( dipetik dari krimperak.blogspot.com)

Jun 20, 2009

Sedang mengkaji

Salam bloger,

Sekarang ada beberapa isu yang masih membuatkan aku kebingungan. Baru-baru ini isu chin peng yang sudah lama tak kedengaran tiba2 muncul semula dibibir-bibir akhbar.Ada pihak yang mahukan chin peng pulang atas dasar perikemanusian dan ada juga pihak yang menentang atas dasar kekejaman yang pernah dilakukan..Belum cukup reda dengan isu Chin Peng, lawatan Mentor Singapura LKY ke Malaysia dan melawat beberapa orang pemimpin negara menambahkan lagi kebingungan aku. Apakah agenda beliau? Beliau bukan calang-calang pemimpin. Keluarnya Singapura dari Malaysia juga semasa dibawah pemerintahan LKY. Setelah sekian lama, apabila lanskap politik malaysia sudah bertukar, kelibat LKY muncul semula. Dan yang paling baru, isu kerajaan perpaduan umno-pas.....Semua isu ini menarik minat aku untuk mengkaji semula sejarah malaysia. Hope aku diberi kekuatan untuk merungkaikan segala kebuntuan aku..=)