May 7, 2013
KEMENANGAN, AKHLAK &......(Muhasabah Pasca PRU 13)
Diriwayatkan daripada „Umar bin al-Khattab bahawa beliau berpesan kepada tenteranya agar bertaubat terlebih dahulu sebelum berperang.
Abu al-Dardak pernah berkata: “Wahai manusia! Amal yang salih sebelum berperang. Kamu sebenarnya berperang berbekalkan amalan-amalan kamu.”
Fudhail bin „Iyadh pernah berkata kepada para mujahidin ketika mereka keluar untuk berperang: “Kamu hendaklah bertaubat, kerana taubat boleh mempertahankan kamu daripada sesuatu yang tidak boleh dipertahankan oleh pedang.”
Pada hari ini, kita bertarung menentang parti dan kerajaan kufur berbekalkan amalan kita, sebelum kita memerangi mereka dengan seni, penyaksian, kepakaran dan senjata kita.
(Al Masaar : Ahmad Rasyid )
Sumber kekuatan yang asasi adalah kekuatan akhlak. Kalaulah di dunia ini ada kelompok yang kukuh tanzimnya, berakhlak dengan akhlak Islamiah dan akhlak asasiah, maka adalah mustahil kepimpinan akan dipegang oleh kelompok selain mereka. Mana mungkin kepimpinan dunia ini akan berada pada golongan yang bukan sahaja tidak menggunakan asbab material apatahlagi berakhlak dengan
akhlak Islamiah dan akhlak asasiah. Berdasarkan sunnah inilah maka golongan kufar dapat terus memegang tampuk dunia, berdasarkan kepada pencapaian kebendaan mereka disamping kekuatan akhlak asasiah meskipun mereka tidak berakhlak dengan akhlak Islamiah.
( Asas-asas akhlak dalam harakah Islamiah : Abu Ala Al maududy )
Kesimpulan.
Sunnatullah membuktikan pra syarat kemenangan berhubung kait dengan kekuatan akhlak ( asasi + islamiah). Objektif kemenangan akan tercapai apabila seluruh manusia patuh dan tunduk dengan kekuasaan dan peraturan ALLAH di atas muka bumi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment