May 7, 2013

SENTIMEN PRU 13?

Setiap parti yang bertanding mempunyai hak untuk mendapat undi kerana matlamat masuk bertanfing adalah untuk mendapat undi. Peranan Parti-parti yang bertanding adalah untuk menawan hati pengundi dengan manifesto dan keikhlasan berjuang untuk rakyat. Jika kalah, parti yang bertanding harus muhasabah mengapa tidak mampu menawan hati pengundi bukan menyalahkan pengundi atau pihak parti lawan. 

Senario menyalahkan pengundi cina pada keputusan PRU 13 perpihak kepada PR adalah tak berasas dan kondisi 'denial' atas kehilangan undi golongan ini. Mereka (orang cina ) mempunyai hak untuk mengundi parti pilihan mereka sebab mereka yakin parti mana yang boleh menjaga hak dan perjuangan agenda mereka.

Pengundi melayu juga harus belajar  untuk bersepakat mengundi parti yang benar-benar memperjuangkan hak dan menjaga kepentingan Islam dan Melayu pada masa hadapan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Bukan lagi berpandukan kepada 'gula-gula' segera dan sentimen kepartian yang sempit.

PRU 13 sudah pun melabuhkan tirai. Kepada dai'2 yang hebat, mari bersama membina masyarakat. Masih banyak lompong-lompong untuk membangunkan agenda umat yang perlu dibaiki.

" membangun umat beragenda "

KEMENANGAN, AKHLAK &......(Muhasabah Pasca PRU 13)


Diriwayatkan daripada „Umar bin al-Khattab bahawa beliau berpesan kepada tenteranya agar bertaubat terlebih dahulu sebelum berperang. 

Abu al-Dardak pernah berkata: “Wahai manusia! Amal yang salih sebelum berperang. Kamu sebenarnya berperang berbekalkan amalan-amalan kamu.”

Fudhail bin „Iyadh pernah berkata kepada para mujahidin ketika mereka keluar untuk berperang: “Kamu hendaklah bertaubat, kerana taubat boleh mempertahankan kamu daripada sesuatu yang tidak boleh dipertahankan oleh pedang.”

Pada hari ini, kita bertarung menentang parti dan kerajaan kufur berbekalkan amalan kita, sebelum kita memerangi mereka dengan seni, penyaksian, kepakaran dan senjata kita.
(Al Masaar : Ahmad Rasyid )

Sumber kekuatan yang asasi adalah kekuatan akhlak. Kalaulah di dunia ini ada kelompok yang kukuh tanzimnya, berakhlak dengan akhlak Islamiah dan akhlak asasiah, maka adalah mustahil kepimpinan akan dipegang oleh kelompok selain mereka. Mana mungkin kepimpinan dunia ini akan berada pada golongan yang bukan sahaja tidak menggunakan asbab material apatahlagi berakhlak dengan
akhlak Islamiah dan akhlak asasiah. Berdasarkan sunnah inilah maka golongan kufar dapat terus memegang tampuk dunia, berdasarkan kepada pencapaian kebendaan mereka disamping kekuatan akhlak asasiah meskipun mereka tidak berakhlak dengan akhlak Islamiah.
( Asas-asas akhlak dalam harakah Islamiah : Abu Ala Al maududy )

Kesimpulan.

Sunnatullah membuktikan pra syarat kemenangan berhubung kait dengan kekuatan akhlak ( asasi + islamiah). Objektif kemenangan akan tercapai apabila seluruh manusia patuh dan tunduk dengan kekuasaan dan peraturan ALLAH di atas muka bumi ini.