Feb 20, 2010

ToT Aman Palestin

Feb 12, 2010

Apa Dosa Bayi ini?

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?
Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.
Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.
Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.


Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.
Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.
Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.
“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.
Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Feb 4, 2010

Virus Menyerang YM!!!

Adakah anda pernah menerima mesej pelik dari kawan anda semasa berYM seperti ini?

Sekiranya anda menerima mesej ym seperti ini, awas. Anda sedang diancam virus. Jangan klik pada link yang diberikan.Sekiranya anda klik, anda sedang mengundang bencana kepada komputer anda..Berwaspada..Virus ini dikenali sebagai virus Coutsonif.A yang mengancam pengguna Yahoo Messenger dan Skype. Virus ini tersebar dengan mengirimkan dirinya ke semua name contact yang ada pada alamat aplikasi tersebut dari komputer yang sudah dijangkiti


Di sini saya ingin berkongsi sedikit langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya YM kita sudah pun dijangkiti virus ini.

1. Sila disable ---> system restore

2. Disable autorun Windows, agar virus tidak dapat aktif secara automatic semasa akses ke drive /flash disk.

* Klik button 'start'
* Klik 'run'
* masukkan 'GPEDIT.MSC'. Kemudian akan muncul paparan 'Group Policy'
* Pada menu 'Computer Configuration dan User Configuration', klik 'Administrative templates'
* Klik 'System'
* Klik kanan pada 'Turn On Autoplay', pilih 'Properties'. Kemudian akan muncul paparan 'Tun on Autoplay propeties'
* Pada bahagian 'Setting', pilih 'Enabled'
* Pada column 'Tun off Autoplay on' pilih 'All drives'
* Klik 'Ok'

3. Matikan proses virus, gunakan tools 'security task manager' kemudian hapus file [sysmgr.exe, vshost.exe, winservices.exe, *.tmp]

4.Repair registry yang sudah diubah oleh virus. Untuk mempercepat proses penghapusan silahkan salin script dibawah ini pada program notepad kemudian simpan dengan nama repair.inf. Jalankan file tersebut dengan cara: Klik kanan repair.inf, lalu pilih instal.

[Version]
Signature="$Chicago$"
Provider=Vaksincom Oyee


[DefaultInstall]
AddReg=UnhookRegKey
DelReg=del


[UnhookRegKey]

HKLM, Software\CLASSES\batfile\shell\open\command,,,"""%1"" %*"
HKLM, Software\CLASSES\comfile\shell\open\command,,,"""%1"" %*"
HKLM, Software\CLASSES\exefile\shell\open\command,,,"""%1"" %*"
HKLM, Software\CLASSES\piffile\shell\open\command,,,"""%1"" %*"
HKLM, Software\CLASSES\regfile\shell\open\command,,,"regedit.exe "%1""
HKLM, Software\CLASSES\scrfile\shell\open\command,,,"""%1"" %*"
HKLM, SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon, Shell,0, "Explorer.exe"
HKCU, SessionInformation, ProgramCount, 0x00010001,3
HKCU, AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\BlockedPopup\.current,,,"C:\WINDOWS\media\Windows XP Pop-up Blocked.wav"
HKCU, AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\EmptyRecycleBin\.Current,,,"C:\Windows\media\Windows XP Recycle.wav"
HKCU, AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating\.Current,,,"C:\Windows\media\Windows XP Start.wav"
HKCU, AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\SecurityBand\.current,,,"C:\WINDOWS\media\Windows XP Information Bar.wav"

[del]

HKLM, SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run, Microsoft(R) System Manager
HKCU, Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run, bMaxUserPortWindows Service help
HKLM, SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Tcpip\Parameters, MaxUserPort


5. Hapus file virus berikut:
C:\vshost.exe [all drive]

C:\autorun.inf [all drive]

C:\RECYCLER\S-1-5-21-9949614401-9544371273-983011715-7040\winservices.exe

C:\Documents and Settings\%user%\Local Settings\Temp

A415.tmp [acak]

034.exe [acak]

Lady_Eats_Her_Shit--www.youtube.com

C:\WINDOWS\system32\sysmgr.exe

C:\WINDOWS\TEMP\5755.tmp

C:\windows\system32\crypts.dll

C:\windows\system32\msvcrt2.dll

6. Untuk pembersihan optimal dan mencegah jangkitan virus ini, sila gunakan antivirus yang dapat mengesan dan membasmi virus ini up to date. Anda juga dapat download tools Norman Malware Cleaner di http://download.norman.no/public/Norman_Malware_Cleaner.exe

Selamat berjaya =)

Melayu dan Perpaduan

Sejak akhir-akhir ini sering digembar-gemburkan di dalam media akan isu perpaduan Melayu. Gambaran yang ditonjolkan ialah orang Melayu hari ini sudah berpecah-belah, saling bermusuhan dan sukar untuk bersatu meskipun atas dasar kebaikan. Dua parti politik utama Melayu di Malaysia saling saing-menyaingi untuk menjuarai isu ini dan mendakwa masing-masing sebagai mewakili perjuangan bangsa Melayu.

Apabila kita berbicara tentang Melayu, adakah kita benar-benar mengerti siapa Melayu yang sebenarnya? Dan apakah definisi Melayu yang setepatnya?

Photobucket
Dr Ihsanuddin Abas, Timbalan Pengerusi ISMA-Australia.

Mari kita keluar dari fahaman Melayu berdasarkan kepartian kepada maksud Melayu yang luas dan Islami. Melayu boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Mengikut UNESCO, istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Wah, kalau begitu ramainya Melayu, saudara-saudara kita bukan sahaja di Malaysia malah seantero dunia!!!

Selain maksud Melayu di atas, ada dua lagi bentuk penafsiran kepada Melayu iaitu secara antropologi dan perlembagaan.

Secara antropologi, Melayu bermaksud orang yang secara zahirnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah-lembut dan berbudi bahasa. Kalau begitu, tidak Melayulah kita kalau tidak bersopan santun, berbadan sedikit besar dan berkulit cerah.

Manakala Perlembagaan Malaysia merujuk istilah “Melayu” hanya kepada seseorang yang beragama Islam, bertutur Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura.

Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Sebab itu di Malaysia, siapa yang masuk Islam meskipun dari bangsa Cina dan India dikira sebagai ‘masuk Melayu’. Dan saudara-mara ‘Melayu Islam’ kita di Patani dan Mindanao tidak kita kira sebagai kaum keluarga kita sendiri. Meskipun mereka hidup terseksa diperintah oleh orang bukan Islam, kita tidak tergerak untuk bersimpati jauh sekali membantu mereka.

Ketiga-tiga maksud di atas memberi gambaran yang berbeza kepada keMelayuan yang kita fahami. Meskipun ada penindanan pada maksudnya namun ia tidak merangkumi keseluruhan maksud Melayu yang kita mahu.

Jadi, Melayu bagaimanakah yang perlu kita kenali? Penting untuk mengenali maksud Melayu yang sepatutnya kerana dengan itu mudah bagi kita membina jatidiri Melayu yang kita kehendaki. Kenapa hendak dibanggakan sangat dengan Melayu, bukankah ini Asobiyyah (perkauman) namanya? Inilah salah faham yang perlu kita sama-sama perbaiki.

Sebagai orang Islam, Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan asas kita. Marilah kita merujuk kepada kedua-dua sumber ini untuk mengetahui kedudukan bangsa dalam Islam.

Islam tidak pernah meninggalkan faktor bangsa dalam perkembangan dakwah di kalangan manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Islam mengiktiraf perbezaan bangsa namun bukan sebagai unsur perpecahan. ‘Saling kenal-mengenali’ yang dinyatakan adalah untuk tujuan kebaikan supaya kita saling memahami dan saling membantu atas kebajikan. Namun di atas kesemua itu, bukanlah bangsa yang menilai kehebatan seseorang, tetapi keIslaman atau lebih tepat lagi ketaqwaan adalah kayu ukur di sisi Allah swt.

Nabi Muhammad s.a.w berdakwah bukan sahaja kepada kaum Quraisy tetapi juga kabilah-kabilah Arab yang banyak di Tanah Hijaz dan sekitarnya. Antaranya ialah kaum Aus, Khazraj, Yahudi yang berbagai-bagai kabilah dan orang-orang Badwi. Setelah ramai yang memeluk Islam, Rasulullah melantik ketua dari kalangan mereka untuk mengetuai kaum masing-masing. Meskipun diperintah dengan dasar-dasar Islam, namun pengurusan tetap berdasarkan kaum masing-masing.

Selain itu, Saidina Umar Al-Khattab r.a pula berkata ketika pembukaan Baitul Maqdis di tangan Islam “Dahulunya kita adalah bangsa yang hina tetapi Allah telah muliakan kita dengan Islam, mahukah kita kembali menjadi hina”. Ini menunjukkan bagaimana Islam telah menaikkan nilai sesuatu bangsa di hadapan manusia. Bangsa Arab dahulunya dilabel sebagai Jahiliyyah suatu masa menjadi bangsa yang hebat dan gagah mengalahkan kuasa besar dunia hanya dengan berbekalkan Islam yang padu.

Seseorang Muslim hebat bukan sekadar kerana ia beriman kepada Allah tetapi iman itu membentuk manusia menjadi 'INSAN'. Insan itu mampu menilai baik dan buruk, memajukan dirinya dan masyarakatnya, bergerak progresif ke hadapan dan membawa kebaikan kepada semua.

Menilai perkara-perkara di atas sepatutnya membuatkan kita berfikir di manakah letaknya bangsa Melayu yang kita warisi? Meskipun kita merupakan majoriti di Malaysia namun kedudukan Melayu sangatlah rapuh di saat ini. Sudahlah berpecah-belah secara politiknya, ekonomi tidaklah semaju mana, malah dari segi pendidikan pun ramai yang masih ketinggalan. Kita juga kalah dalam persaingan mendapatkan pekerjaan di sektor swasta dan hanya mengharapkan makan gaji di agensi-agensi kerajaaan. Hak-hak orang Melayu Islam semakin hari semakin meniris dan sekiranya tidak dipertahankan kita akan menjadi pupus sepertimana kelompok Aborigine di bumi Australia.

Justeru, jatidiri Melayu yang ingin kita bina ialah Melayu yang asasnya ialah beragama Islam dan mengamalkan segala ciri-ciri Islami yang sempurna. Kita menjunjung tinggi kedudukan Bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama selagi mana mereka tidak melanggar perintah Allah.

Selain itu, kita tidak meninggalkan budaya dan adat istiadat Melayu yang baik seperti sopan-santun, peramah, menghormati orang tua, gotong-royong, ziarah-menziarahi dan lain-lain. Kekayaan nilai seni yang sangat berharga seperti tenunan, sutera, wau bulan, dikir barat, kompang dan permainan tradisional kita perkayakan.

Budaya Melayu yang merugikan seperti sukakan hiburan berlebih-lebihan dan pembaziran dalam melaksanakan adat Melayu kita tinggalkan. Sifat Melayu yang melemahkan seperti bersifat malas, suka melepak, rempit, merasa lemah, bergantung kepada orang, hasad dengki, dendam, dan busuk hati kita jauhkan.

Kita anjakkan paradigma Melayu dan binakan di atas nilai Islam akan sifat-sifat yang maju, progresif, berdaya saing, saling tolong-menolong untuk kebaikan dan sebagainya. Lihatlah betapa luasnya ruang untuk kita beramal dan bersatu melakukannya. Atas dasar inilah perpaduan Melayu dapat dibina. Ia kelihatan mudah tetapi memerlukan usaha dan keyakinan yang bersungguh. Ayuhlah kita membinanya bersama-sama kerana kitalah generasi pewaris Melayu dan kepimpinan negara di masa hadapan.

oleh : Dr Ihsanuddin Abas