May 20, 2009

Kau memang Kejam!!!

Terkejut! Geram!Sedih! Pilu! itulah yang mampu aku gambarkan setelah menerima berita kenalan seperniaga ibuku di greentownmall telah dibunuh jam 2.00 petang tadi. Menurut laporan yang aku dapat, arwah bersama-sama anak gadisnyanya dan pembantu rumah pergi ke bank untuk membuat urusan kewangan. Sebaik sahaja mereka keluar dari bank tersebut, lelaki yang tidak dikenali mengekori mereka. Setibanya di rumah, mereka dikepong, dirompak, dan yang paling menyedihkan sekali mereka telah dibunuh kesemuanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di masukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Aku membayangkan betapa remuknya hati si suami dan ahli keluarga yang lain menerima berita malang ini. Namun, segalanya sudah menjadi takdir. Sebagai hamba, kita perlu redha dengan ketentuan yang berlaku. Yakinlah bahawa keadilan pasti akan muncul..


Kepada Perompak, adakah engkau gembira? Engkau bukan sahaja telah merompak wang, tetapi engkau telah merompak nyawa wanita-wanita yang tidak mampu melawan kamu...Semoga kamu bertaubat kepada allah dan insaf atas kesalahan kamu..



Peristiwa ini membuatkan aku berfikir sejenak. Mengenangkan kerakusan manusia yang makin menjadi-jadi. Manusia tak mampu lagi berfikir mana yang baik dan mana yang haram..Asalkan cukup untuk memuaskan nafsu, nyawa bukan lagi persoalan.
Zaman dunia yang serba moden ini tak ubah seperti zaman jahiyah...cuma sekarang jahiliyah zaman moden...( seperti yang digambarkan oleh syed qtub). Bezanya dahulu orang nak membunuh mungkin menaiki kuda, zaman sekarang ini menaiki motor atau kereta..Perbuatan tetap sama. Yang membezakan adalah teknologi.

Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Semasa zaman jahiliyah, sebelum kerasulan Nabi Muhammad, mungkin kebanyakan masyarakat zaman itu pun sudah terbiasa mendengar peristiwa bunuh, dan bermacam jenis kezaliman. Bagi mereka perkara itu sudah sebati dalam kehidupan dan tidak mampu untuk membendungnya lagi.

Akan tetapi, rahmat allah itu pada sekian alam, di waktu manusia kehausan cahaya kebenaran, allah mengutuskan nabi muhammad untuk menghidupkan kembali keamanan di atas muka bumi ini. Nabi telah berjaya membentuk dan mendidik sahabat untuk menjadikan alam ini dalam keadaan yang sejahtera. Hasil tarbiyah ini, dunia aman selama beratus-ratus tahun lamanya. Wanita pada ketika zaman kegemilangan islam amat terjamin keselamatannya. Inilah yang berlaku sekiranya islam itu ditegakkan dalam hati dan dalam kehidupan seharian merangkumi semua aspek.

Apa yang terjadi pada masa kini sebenarnya ada kunci penyelesaiannya. Segala ajaran Rasulullah cukup lengkap untuk dijadikan panduan bagi memakmurkan kembali bumi ini. Persoalannya siapa yang akan melaksanakannya. Jawapannya adalah saya, anda dan seluruh manusia yang bergelar muslim.

8 comments:

  1. first n foremost,aku ucapkan selamat berblog! :)
    secondly, rgarding the story u shared to us this time,it was a bit shoking for me.the world isnt safe anymore..make me feel nervous to go back to malaysia
    thirdly, rgarding ulasan kisah yang dikaitkn ngan isu semasa, aku pikir banyak betulnya apa yg ko cakap. dan aku tersentuh hati jugaklaaa dalam memikirkan nasib kaum hawa yang harga mereka makin direndah2kn, baik dalam aspek hiburan,pengajian,dan status dalam komuniti.
    hpefully akan ada makin banyak manusia yang sedar dan membuka mata ttg hal ni, so that we can do smting.smting that wil benefit the rest iA...

    ReplyDelete
  2. innalillahiwailahirajiun..
    2nd entry dah cite tragik. Suka d way u reflect the incident. Dapat imagine d way u talk.

    "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kpd Allah dan carilah wasilah(jalan) utk mendekatkan diri kpdNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung" -Al-Maidah:35

    Hoho, Akhirnya ko ke medan juang bersama pena. Smoga istiqamah. =)

    ReplyDelete
  3. innalillah. Sedih dengar pasal ni. I thought Malaysia is the safest place to live in. But it's not anymore. Kes rompak memang dah menjadi2 dekat Malaysia. Government should do something to this problem.

    ReplyDelete
  4. yup...msia makin xselamat..polis2 sibuk jage pasal politik..psl org awam terabai..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    pemikiran setiap manusia mungkin berbeza,cara kite memandang sesuatu juga mungkin berbeza.ye, perompak yng diceritakan memang kejam, dan perbuatannya tidak boleh dimaafkan sama sekali.saye mengecam tindakan mereka.

    then,if we talk about pencuri,sye mempunyai due pandangan y berbeza tentang pencuri.satu, pencuri y mencuri tanpa belas kasihan, mencuri keranamalas berusaha mendpatkan wang, mencari jaln mudah untk hidup senang hingga sanggup meragut nyawa insan tidak berdosa. yang kedua ialah pencuri y terpaksa mencuri kerana desakan idup, atau kerana buntu dalam mencari penyelesaian.contohnye budak2 kecil yang mencuri kerana hendak mendapatkan sesuap maknan untuk mengisi perut yang lapar.pencuri y terpaksa mencuri kerana jika tidak mendapatkan wang dalam mase y singkat, ibu mereka y saket akan mati.adakah kite masih nak cakap dn mengecam betapa hinanya pencuri ini? entahlah,manusia didunia ni bertindak atas berbagai sebab, adakalanya mereka tidak sedar apa y dilakukan itu memberi musibah pada orang lain,tp persoalannya adakah kesalahan itu hanya terletak pada bahu pencuri itu sahaja?

    renungkn kisah robin hood.ye, niat nya tidak menghalalkan cara.walaupunduit rompakan diberikan pda org miskin tp ia masih dilihat sebagai duit haram.tp jika kita lihat korupsi dalam kerajaan dan sikap masyarakat sndiri y mementingkn dr sendiri telah mendesak robin hood menggunakan jalan merompak untuk membantu rakyat miskin.jika masyrakat ketika itu penuh nilai kasih sayang, prihatin dan membantu y miskin meringankan beban, adakah robin hood tetap akan mencuri dan merompak untuk tujuan murninya?

    jd sye ulang sekali lg pertanyaan saya, adakah kita harus salahkah pencuri itu sepenuhnya, atau setiap dr kite y mgkn masih mementingkan dr sndr dan tiadk prihatin pada y memerlukan. jika korupsi dapat dihapuskan,masyarakat kini lebih mengambil berat kesusahan orag lain dan saling bantu membantu, adakah jenyah ini akan tetap berlelauasa?renung2 dan timbang2 kan.wallahualam

    ReplyDelete
  6. Salam..terima kasih farasya..
    saye sgt bersetuju dgn pndangan kamu..
    keadaan skrg menggalakkan kes seperti ini,
    yang kaye ttp kaye..malah makin kaye
    yg miskin terus miskin..papa kedana...
    thanx 4 ur comment..
    namun sebagai generasi pewaris, kita mampu merubah..
    insyallah.doakn perubahan di malaysia
    ameeen

    ReplyDelete
  7. stuju ngn semua.. da tgk pn berita smlm.. sdih tgk fmly mangsa yg tinggal..

    GOD bless them..

    perompak xgune.. hope dpr kesedaran..oh!ter 'emo'.. sowi..

    huhuuu..

    ReplyDelete