May 21, 2009

Krisis Perak


Entri kali ini mungkin agak kontroversi, tapi sebagai rakyat jati negeri perak, aku rasakan perkara ini perlu diambil kira. Keadaan politik yang tidak stabil di negeri perak mengundang pelbagai masalah negeri. Kini perak sudah mempunyai 2 org MB dan 2 org Speaker dewan dan 2 team exco negeri. Masalahnya rakyat yang tersepit dek perebutan memerintah negeri yang terkenal dengan sejarah bijih timah ini. Siapakah yang benar-benar mempunyai kuasa untuk menandatangani surat-surat yang berkaitan urusan kerajaan negeri? Kelulusan dari pihak mana yang diiktiraf? Perkara inilah yang menjadi persoalan kepada rakyat. Sebelum kita mempuat sebarang spekulasi mari kita fahami apa yang terjadi di Perak. Aku kurang mengemari segelintir golongan yang membicarakan perkara ini dengan penuh emosi tanpa fahami isu sebenar. Walaupun aku masih mentah untuk menjadi pemerhati bebas politik, coretan kali ini hanya sekadar pandangan peribadi dan tidak cenderung kepada mana-mana parti.


Kronologi Krisis di Perak:

9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: ADUN kawasan Pasir Panjang dari Pas Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

25 Ogos 2008: Dua anggota EXCO Kerajaan Negeri Perak Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tudahan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta. Mahkamah tetap 10, 11 dan 12 Feb 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

25 Jan. 2009: ADUN Bota dari Umno, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada BN untuk menyertai PKR.

26 Jan. 2009: Menteri Besar Perak mendakwa sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat daripada Umno akan mengikut jejak ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR.

30 Jan. 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai BN.

1 Feb. 2009: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai BN.

1 Feb. 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak 26 Jan. supaya mengisytiharkan segera pendirian mereka jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

1 Feb. 2009: Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang dihantar ke rumahnya pada 5.45 petang.

2 Feb. 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak di Istana Kinta. Beliau tidak mengulas kepada media berhubung istiadat mengadap itu.

3 Feb. 2009: SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

3 Feb. 2009: Mohammad Nizar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4 Feb. 2009: Empat ADUN Perak iaitu ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

4 Feb. 2009: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti. BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

4 Feb. 2009: Mohammad Nizar yang mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan DUN meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda.

3 Mac 2009: Sidang DUN bawah pokok diadakan.

7 Mei 2009: Sidang DUN dirasmikan oleh Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selepas kekecohan selama lima jam di DUN.

11 Mei 2009: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

12 Mei 2009 : Mahkamah rayuan membenarkan rayuan DS Zambri untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi.

22 Mei 2009 : Kini sedang berlangsung di mahkamah rayuan. Permohonan DS Nizar untuk mengenepikan rayuan DS Zamri.


Pandangan masyarakat Pro Team A.
  • Pengambilan kuasa mengikut perlembagaan
  • Mampu membela nasib golongan melayu dan tidak mengenepikan bangsa yang lain
  • Tidak mahu melayu menjadi minoriti dalam exco
  • tidak perlu bubarkan DUN kerana membazir wang
Pandangan masyarakat Pro Team B
  • Jawatan MB dan Speaker masih sah. ( tak terkesan dari majoriti ADUN dari team A)
  • Team B mampu membela nasib semua bangsa
  • Keseimbangan kaum dalam exco
  • Perlu bubarkan DUN untuk kembalikan hak rakyat.

Rasanya cukuplah entri kali ini sekadar informasi kepada krisis di Perak. Mari kita doakan krisis di Perak berakhir dalam keadaan yang aman.. ameeen

May 20, 2009

Kau memang Kejam!!!

Terkejut! Geram!Sedih! Pilu! itulah yang mampu aku gambarkan setelah menerima berita kenalan seperniaga ibuku di greentownmall telah dibunuh jam 2.00 petang tadi. Menurut laporan yang aku dapat, arwah bersama-sama anak gadisnyanya dan pembantu rumah pergi ke bank untuk membuat urusan kewangan. Sebaik sahaja mereka keluar dari bank tersebut, lelaki yang tidak dikenali mengekori mereka. Setibanya di rumah, mereka dikepong, dirompak, dan yang paling menyedihkan sekali mereka telah dibunuh kesemuanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di masukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Aku membayangkan betapa remuknya hati si suami dan ahli keluarga yang lain menerima berita malang ini. Namun, segalanya sudah menjadi takdir. Sebagai hamba, kita perlu redha dengan ketentuan yang berlaku. Yakinlah bahawa keadilan pasti akan muncul..


Kepada Perompak, adakah engkau gembira? Engkau bukan sahaja telah merompak wang, tetapi engkau telah merompak nyawa wanita-wanita yang tidak mampu melawan kamu...Semoga kamu bertaubat kepada allah dan insaf atas kesalahan kamu..



Peristiwa ini membuatkan aku berfikir sejenak. Mengenangkan kerakusan manusia yang makin menjadi-jadi. Manusia tak mampu lagi berfikir mana yang baik dan mana yang haram..Asalkan cukup untuk memuaskan nafsu, nyawa bukan lagi persoalan.
Zaman dunia yang serba moden ini tak ubah seperti zaman jahiyah...cuma sekarang jahiliyah zaman moden...( seperti yang digambarkan oleh syed qtub). Bezanya dahulu orang nak membunuh mungkin menaiki kuda, zaman sekarang ini menaiki motor atau kereta..Perbuatan tetap sama. Yang membezakan adalah teknologi.

Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Semasa zaman jahiliyah, sebelum kerasulan Nabi Muhammad, mungkin kebanyakan masyarakat zaman itu pun sudah terbiasa mendengar peristiwa bunuh, dan bermacam jenis kezaliman. Bagi mereka perkara itu sudah sebati dalam kehidupan dan tidak mampu untuk membendungnya lagi.

Akan tetapi, rahmat allah itu pada sekian alam, di waktu manusia kehausan cahaya kebenaran, allah mengutuskan nabi muhammad untuk menghidupkan kembali keamanan di atas muka bumi ini. Nabi telah berjaya membentuk dan mendidik sahabat untuk menjadikan alam ini dalam keadaan yang sejahtera. Hasil tarbiyah ini, dunia aman selama beratus-ratus tahun lamanya. Wanita pada ketika zaman kegemilangan islam amat terjamin keselamatannya. Inilah yang berlaku sekiranya islam itu ditegakkan dalam hati dan dalam kehidupan seharian merangkumi semua aspek.

Apa yang terjadi pada masa kini sebenarnya ada kunci penyelesaiannya. Segala ajaran Rasulullah cukup lengkap untuk dijadikan panduan bagi memakmurkan kembali bumi ini. Persoalannya siapa yang akan melaksanakannya. Jawapannya adalah saya, anda dan seluruh manusia yang bergelar muslim.

May 19, 2009

Langkah permulaan..

Alhamdulillah.. sekian lama berhasrat untuk menceburkan diri dalam arena blogger ini, akhirnya ada jua kesempatan yang diperoleh selepas tamatnya peperiksaan phase 1A. Kepada teman-teman blogger, anda diharapkan dapat memberikan komen yang membina kepada entri-entri yang bakal dipublishkan..

Sekian..