Ramai umat Islam menyangka kemelut yang melanda mereka adalah krisis kepimpinan dan pentadbiran negara semata-mata.Namun hakikatnya Kepincangan dan penyakit yang berlaku pada jasad umat ini adalah jauh lebih parah. Kanser yang sudah menapak pada umat Islam ini telah merebak selama beratus tahun lamanya sejak cengkaman penjajahan barat dan tercetusnya peperangan ideologi ( ghazwatul fikri). Masalah ini bukannya terhad mengenai keruntuhan institusi khalifah islam dan kesatuan islam itu sendiri. Ia bukan juga sekadar penjajahan barat dan timur ke atas bumi islam. Bukan juga semata-mata mengenai umat islam yang kian ketinggalan dalam aspek ilmu dan teknologi. Hakikatnya, umat Islam hari ini telah hilang identiti aqidah, ibadah, akhlak dan ciri-ciri keislaman yang boleh melayakkannya berada di posisi kekuatan dan kepimpinan hingga ketahap lenyapnya asas tiangseri bagi tertegaknya sebuah masyarakat Islam.
Tidak mungkin penyelesaian menyeluruh dan sejati hanya dengan pembaikan juz'y ( sebahagian), membuat perubahan aspek atau bidang itu dan ini atau memajukan teknologi tertentu keranan kepincangan yang berlaku lebih parah dan mendalam. Umat Islam kini berjaya diheret musuh hingga terpaksa berada semula di fasa pembinaan sesebuah tamadun dunia. Susuk asas sebuah negara Islam telah tiada.Kekuatan hakikinya telah lenyapbuat pertama kalinya selepas ia pernah dibangkitkkan dalam sebuah negara Islam Madinah suatu masa dahulu. Oleh itu projek kebangkitan seharusnya bermula sama seperti yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. Ia bermula dengan pembentukan individu Islam, Keluarga Islam, Jemaah dan masyarakat Islam sehinggalah ia mencapai fasa peneguhan ( At-tamkin) dan penubuhan negara Islam dan berlangsung sehingga mencapai Ustaziatul Alam ( Memimpin dan membimbing alam).Sepak terajang politik kepartian di banyak negara tidak mengenal keikhlasan, sedang keikhlasan dan tarbiyah adalah asas kemenangan. Generasi Islam terdahulu menang kerana keimanan mereka, ruh mereka suci, jiwa mereka bersih, amalan mereka berlandaskan aqidah dan keyakinan. Mereka tidak didorong oleh akta dan paksaan semata-mata. Mereka menjadikan semua yang dimiliki sebagai waqaf demi kemengangan aqidah mereka sehingga jiwa mereka larut dalam aqidah mereka dan aqidah mereka larut ke dalam jiwa mereka. Diri mereka adalah fikrah dakwah ini dan dakwah ini pula adalah diri mereka yang bergerak ke sana ke mari di tengah khalayak, mengesani orang ramai. Lalu allah mengilhamkan untuk mereka bimbingan dan ketepata disepanjang jalan ini.
Hakikat " Jadilah Hamba sebelum ketua" bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan seperti yang disangka manusia. Ia bukan sahaja ditujukan kepada individu akan tetapi ditujukan juga kepada keluarga dan sebuah masyarakt yang ingin mencapai negara islam yang hakiki. Ia tidak mungkin dicapai dalam masa sehari semalam bahkan mungkin bukan dalam satu generasi. Ia dicapai melalui jerih payah dan tarbiyah yang berterusan, agar kita dapat menghasilkan rijal, bukan sekadar tulisan, kerana kita bercita-cita menegakkan agama yang menjadi asas kepada negara dan tamadun, menyedarkan umat islam dari lamunan agar mereka bangun, bekerja keras ke arah memimpin dunia semula.Ssungguhnya umat islam dan para duat hari ini sangat berhajat kepada kejelasan kefahaman manhaj Tghyir seperti ini agar jelas pula gerak kerja dakwah mereka.Dakwah mereka lurus barisan mereka agar menjadi tepat menuju matlamat yang diharapkan..
Tulisan asal : Ustaz Shahrulzzaman Bin Bistamam
Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA) Perak