May 27, 2011

Keldai Dadah peribahasa baru untuk anak gadis kita?

Seperti biasa setiap jam 8.00 malam kedengaran suara peti televisyen memperdengarkan segala aktiviti-aktiviti manusia yang berlaku sepanjang hari ini. Dari percaturan politik hinggalah sukan antarabangsa..

Namun khabar berita di pertengahan cukup membuatkan hati ini gusar-mengenangkan nasib anak gadis kita mulai dipergunakan sebagai keldai dadah. Cukup mudah, dengan bermodalkan wang ringgit yang ditaburi dengan ayat-ayat manis, si gadis Melayu makin layu dengan pujukan manja sang petualang.

Kedai dadah-begitu jijik perumpaanya - mungkin peribahasa baru untuk diperdendangkan kepada anak-anak masa hadapan, semakin popular dengan kisah si anak dara ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup di seberang laut. Si petualang pula akan berduka seketika,bukan dek kerana mengenangkan nasib si gadis malang, tapi mengenangkan kerugian yang ditanggung. Gadis malang akan berduka lara sehingga akhir hayatnya, si petualang pula terus mengembara mencari mangsa seterusnya.

persoalannya, mengapakan anak gadis kita?

May 16, 2011

Bedah Buku : Tidak ada Alasan Bagimu Meninggalkan Da'wah

Tajuk : Tiada ada alasan bagimu Meninggalkan Da’wah.

Pengarang: Abdul Aziz Al-Aidan

Sinopsis :

Buku ini mengandungi 112 mukasurat yang dibahagikan kepada 4 bahagian yang penting mengenai isu Dakwah.

Dalam bahagian pertama, penulis membawakan nasihat yang begitu berharga kepada kaum muslimin untuk bermuhasabah sejauhmana kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah kepada seluruh umat muslimin iaitu berdakwah. Dakwah merupakan seruan kepada yang makruf dan mencegah kepada kemungkaran. Tugas ini merupakan tugas yang sangat mulia kerana ia adalah tugas yang pernah dipikul oleh para nabi dan rasul. Kita perlu berbangga bahawa kita juga diberi peluang untuk menjalankan tugas yang cukup mulia ini.

Pada bahagian kedua, penulis memfokuskan tajuk perbincangan mengenai mengapa perlu berdakwah.

Antara isi penting yang boleh digarap dalam bahagian ini adalah seperti berikut :

1. 1. Berdakwah pahalanya besar [QS Fusilat :33]

2. 2. Manusia yang lain menanti dakwah dari kita

3. 3. Dakwah memanjangkan usia

4. 4. Musuh Islam sentiasa berusaha menjauhkan kita dari ISLAM

5. 5. Dakwah merupakan perintah Allah dan Rasul [QS Al-Imran :104]

Dalam bahagian ketiga pula, penulis merungkaikan segala persoalan dan alasan yang sering diberikan manusia untuk melepaskan diri dari tanggungjawab dakwah.

Antara alasan yang sering diberikan :

1. 1. Tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup.

2. 2. Tidak mempunyai persiapan dan kemampuan untuk berdakwah

3. 3. Cukuplah badan-badan Dakwah rasmi melaksanakan tugas ini

4. 4. Umat Islam cukup selesa

5. 5. Sibuk memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kebaikan umat

Penulis telah menjawab segala alasan yang selalu diberikan oleh kebanyakan orang. Di akhir bahagian ini penulis menyimpulkan bahawa tiada kelonggaran yang pernah diberikan untuk kita lari daripada berdakwah. Dakwah itu boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing kerana dakwah ini adalah penyelamat manusia dari seksaan api neraka [QS Al anfal: 25]

Di bahagian terakhir, penulis membawakan beberapa cadangan yang boleh diaplikasikan mengikut peringkat masyarakat.

Secara umumnya peringkat dakwah boleh dibahagikan kepada berikut:

  • 1. Kepada Keluarga
  • 2. Kepada Sanak sausara
  • 3. Di Kampong
  • 4. Di Masjid
  • 5. Di tempat kerja
  • 6. Di institusi pendidikan
  • 7. Masyarakt umum

Setiap medan memerlukan kepelbagaian penyampaian bahan dakwah dan juga kepelbagaian aktiviti untuk menarik minat semua golongan mengikut tahap penerimaan mereka. Segala usaha ini hanya semata-mata untuk menegakkan syariat allah sehingga berjaya dipraktiskan dalam kehidupan setiap muslimin.

wallahuam